“ Mimi mula mengenali abang apabila Mimi terpandang pic
beberapa pensyarah MPPM, diikuti dengan pic2
abang dengan GP MPPM, pada mula nya ia hanya pandangan dari mata, kemudian
terus ke hati. Walaupun Mimi langsung
tidak mengenali abang, tetapi naluri
Mimi berkata dan merasakan sesuatu...Oh,
orang ini, Mimi kenal.
Apabila kerap melayan satu persatu pic2 tadi, tiba-tiba Mimi mempunyai rasa keyakinan bahawa orang yang Mimi pandang, adalah orang yang Mimi boleh letakkan kepercayaan sepenuhnya. Mungkin inilah perkenalan pertama Mimi, bak kata pepatah - "Dari mata turun ke hati, ". Pelik juga mengapa tidak dengan pensyarah lain yang Mimi kenali? Mengapa dengan abang?
Abang tidak perlu merasa zalim terhadap
diri sendiri. Pada mulanya Mimi tiada niat untuk mengharapkan sesuatu yang di luar
jangkaan. Kata-kata dan apa sahaja cadangan pemberian Mimi adalah ikhlas. Sudah menjadi amalan Mimi suka memberi kepada orang yang Mimi rasa perlu Mimi beri tanpa niat terselindung. Ikhlas, bukan
mengharapkan pembalasan. Mimi rasa facebook (fb) telah memberi peluang kepada Mimi untuk berkenalan dengan orang luar
termasuk rakan-rakan lain. Mimi jadi sangat gembira kerana sebelum ini Mimi tiada kawan berbicara.
Kemudian untuk menambah kegembiraan,
Mimi membeli blackberry
(BB). Pada ketika itu Mimi rasa
sukar membawa laptop. Dengan adanya BB, tanpa di sedari Mimi load
pic-pic abang. Juga, pada mulanya hanya suka-suka sebagai pembakar semangat Mimi untuk
melakukan tugas-tugas harian. Maklumlah abang pensyarah, pasti Mimi hormati
walaupun Mimi tak kenal mahupun abang tidak
kenal Mimi. Tetapi setiap hari apabila BB yang beserta pic abang ada dalam genggaman tangan Mimi , Mimi lebih bersemangat,
bermotivasi untuk lebih berusaha menjalankan tugas-tugas harian. Mimi rasa
abang sentiasa ada disisi Mimi. Ternyata
tepat tindakan Mimi. Tiada siapa yang
mengajarnya. Berlaku secara spontan.
Kini setiap apa tindakan Mimi, Mimi rasakan
perlu mendapatkan restu abang, kerana pergerakan dan tindakan harian Mimi selalu
dimulakan dengan BB Mimi. Kemudian daripada
situ, langkah yang dicipta sendiri, tiba-tiba Mimi semakin sayang dan sayang
dan sayang terhadap abang. Sekiranya Mimi
siasat daripada fb abang, Mimi pasti tidak akan terus begini,
kerana Mimi akan terluka mengetahui siapa abang. Tetapi Mimi mempunyai
satu sikap lain daripada orang lain. Keyakinan menguasa diri Mimi. Mimi terus nekad..
.yakin bahawa orang ini pasti dapat memberi sinar harapan kepada Mimi, maka Mimi akan mencari, menyusuri cahaya darinya. Jika
gelap yang bakal menjelang, maka
Mimi akan keluar dengan
meninggalkannya, walaupun menggagau, meraba-raba dalam kegelapan.
Setiap saat juga, Mimi merindui abang,
walaubagaimana pun BB menjadi pengubat rindu Mimi. Benarkah abang sanggup
menunggu Mimi? Sebelum ini, dua kejadian orang berjanji
kepada Mimi, menjadikan Mimi tidak yakin dengan janji lelaki. Kata, tidak akan
berkahwin sampai bila-bila sekiranya Mimi tolak lamaran mereka, kemudian tidak
sampai dua bulan, tahu-tahu sudah ada
pengganti... kahwin dah.
Abang, Mimi tidak mengharapkan balasan
daripada abang. Mimi juga bukan mahu
bermegah-megah dengan apa yang Mimi perolehi. Semestinya, Mimi langsung
tidak akan mengatakan abang mmendampingi Mimi kerana kekayaan Mimi. Bukan abang mencari Mimi, sebaliknya, Mimi yang mengekori abang. Betul
tak? Pernah ke Mimi menuntut balasan
daripada abang? Mimi hanya ingin berkongsi apa yang Mimi miliki
dengan abang, mana tahu mungkin abang dapat menerimanya satu hari nanti. Dan
menjadi milik abang juga…….. “
“ LOVES make a lot of promises
If you only know
What I've been going through
Waiting and wanting you
Could this be LOVE
How tell me ,How will I know
Will my heart make believe it so
Can I trust the way I feel
If you could read my mind
You see how hard I try
Still I can't decide.”
If you only know
What I've been going through
Waiting and wanting you
Could this be LOVE
How tell me ,How will I know
Will my heart make believe it so
Can I trust the way I feel
If you could read my mind
You see how hard I try
Still I can't decide.”
“ Abang, I already
made PROMISE to myself ... to LOVE.............. only YOU. I could fall in LOVE
with you. BUT, ... I could loose my heart tonite,if you turn around.”
“ Terima kasih, kerana abang menyayangi Mimi. Boleh bertahan lama kah kasih sayang
abang terhadap Mimi, dengan alasan kasihan sahaja? Mimi memang meletakkan
kepercayaan terhadap abang dan secara tidak langsung Mimi telah menceritakan
hal perbadi Mimi, yang tersimpan lama kepada abang sahaja. Mengapa? Tanda cinta, sayang
dan kasih Mimi kepada abang.”
Demikian, satu monolog perjanjian insan
baik yang bernama Mimi Khirlina yang
tidak yakin dengan kata lelaki. “ Kata,
tidak akan berkahwin sampai bila-bila
sekiranya Mimi tolak lamaran
mereka, tetapi tidak sampai dua bulan, tahu-tahu sudah ada pengganti... kahwin dah.” Namun, bolehkah, dipegang perjanjian Mimi? Adakah
kita yakin dengan janji Mimi? Janji pasti membawa akibat, ditelan pahit dibuang
sayang. Semua janji tetap diingati. Aku tidak menuntut, cuma menanti Mimi menunaikan janjinya.