Penduduk gempar Pejabat Daerah Rembau terbakar
Oleh : Mohamad Abd Ghani
Rembau, 27 Febuari 2014 : Penduduk
Rembau yang berdekatan gempar apabila mendapat berita Pejabat Daerah Rembau terbakar malam tadi.
Ramai penduduk bergegas ke lokasi kejadian untuk
melihat dan mengetahui keadaan,
tanda keprihatinan mereka terhadap kejadian yang pertama kali berlaku sejak bangunan ini dibina lebih 30
tahun lalu.
Seorang penduduk Mohd Nor Murad,68, dari Kampung
Sungai Layang 10 km dari lokasi kejadian
menyatakan beliau mendapat tahu daripada jirannya yang baru balik dari
pekan Rembau.
Katanya, beliau yang baru lepas solat maghrib,
apabila mendapat berita tersebut lantas mengenakan pakaian dan bergegas datang ke tempat kejadian.
Turut prihatin dengan berita itu, Mohamad Muji, 59,
dari Taman Seri Kota, 16 km dari sini
menyatakan beliau beliau telha dihubungi oleh seorang kawan memaklumkan
kejadian tersebut.
Katanya, beliau segera ke lokasi kejadian melihat
perkembangan dan hendak membantu jika
diperlukan.
Pengawal Keselamatan yang bertugas, Nedo Abd
Ghani,58, menyatakan beliau menyedari kebakaran itu apabila terbau asap yang
hangit dan apabila keluar dari pondok
kawalan melihat kepulan asap keluar dari sebelah kiri bangunan tersebut kira-kira
pukul lapan malam.
Menurutnya, beliau segera menghubungi Balai Bomba
dan Penyelamat Rembau dan pasukan bomba
pertama tiba dari Balai Bomba Rembau
sampai ke lokasi kejadian kira-kira
lima minit kemudian.
Kemudian, pasukan ini dibantu oleh dua kereta bomba dari Balai Bomba
dan Penyelamat Senawang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam
Khamis dalam kenyataanya kepada media di lokasi, menyatakan kejadian itu hanya
melibatkan tingkat bawah sekitar Unit
Pentadbiran berhampiran Pejabat Pegawai
Daerah.
“ Tingkat dua tidak terlibat, hanya Unit Pentadbiran
sahaja yang terlibat,” tegasnya.
Namun katanya, dokumen-dokumen penting BRIM dan
geran-geran tanah yang terletak di bilik-bilik berhampiran dalam keadaan selamat.
Menurutnya, seramai
11 orang anggota terlibat dalam kerja-kerja pemadaman serta dibantu anggota-anggota lain dan dapat mengawal
api daripada merebak dalam masa 15 minit.
Katanya, anggota pasukan pemadaman mengalami
kesukaran masuk ke dalam ruang
pejabat kerana asap tebal dan terpaksa memecah pintu dan gril untuk
masuk dan membuka laluan udara supaya asap keluar.
Beliau turut memaklumkan hanya anggaran 60% ruang Unit Pentadbiran yang mengalami
kerosakan dalam kebakaran tersebut.
“ Kerugian belum dapat dipastikan dan punca kebakaran
pun belum diketahui,” jelas beliau lagi.
Pegawai Daerah Rembau, Zaidi Johari, turut berada di tempat kejadian sejak awal
lagi, setelah dimaklumkan dan bergegas
dari Seremban bersama beberapa pegawainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan