Isnin, 28 April 2014

Ahad, 13 April 2014

TEMUKEMBALI MANTAN PENSYARAH MPPM 2012

MAJLIS REUNION MANTAN PENSYARAH MPPM 2012
DI HOTEL SERI MALAYSIA AYER KEROH, MELAKA
PADA 24 DISEMBER 2012.


HANDPHONE

HP pertama (kiri) dibeli di Pertama Kompleks, KL 1997
 dan HP kedua (kanan) dibeli di Dataran Senawang Ogos 2013

“ In my beg, in my car”

Tanggal 22 Ogos 2013, saya membeli HP baharu jenis Samsung  di sebuah kedai di Dataran Senawang. Saya terpaksa membeli sim card baharu kerana sim card lama tidak boleh diguna-pakai  pada HP yang  baharu. HP lama jenis Nokia saya beli di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dengan harga RM 600.
“ Mengapa tak boleh pakai?” tanyaku kepada pekerja kedai itu.
“ Tengok tarikh sim card  2001. Dah lama sangat,”  terang pekedai itu. Memang sudah 12 tahun usia HP saya itu tidak canggih, tetapi masih berfungsi dengan baik. Bagi saya, boleh buat panggilan dan menghantar mesej sudah mencukupi. Tetapi dengan kemajuan teknologi fungsi itu tidak mencukupi hari ini.
Ada dua sebab yang mendorong saya membeli  HP baharu.  Tetapi saya membeli yang murah dan mampu sahaja. Pilih yang murah supaya tidak terkilan, kalau hilang atau terjatuh ke dalam lubang tandas.
            Pertama seorang rakan fb tanya, “ Cikgu ada WhatsApp?”  Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan. “ Tak…HP saya barang antik, ” jawab saya seolah-olah tahu.
Kemudian saya bertanya kepada anak saya, “ Apa bendanya WhatsApp? ”  Jawapannya, “ HP ayah dah lama, tak ada, HP baharu semua ada.”
Kedua, kira-kira seminggu kemudian,  Ketua Biro Berita Harian Seremban, Encik Ziauddin Sharudin bertanya soalan yang sama.
“ Cikgu ada WhatsApp?” tanyanya dalam mesej.
“ Tak ada Encik Zia, HP  saya barang antik,” jawab saya.
“ Ok, tak  apa, ” jawab Encik Zia ringkas.
Dua dorongan itu menyebabkan saya teringin hendak membeli HP yang baharu. Setelah dua bulan angan-angan impian saya menjadi kenyataan.
Maknanya saya mula mengunakan HP sekitar tahun 2001, ketika masih berkhidmat di MPPM, Melaka. Saya tidak pernah membawa HP  waktu mengajar. Ramai guru pelatih (GP) menghubungi  saya tidak akan mendapat jawapannya.
Mengapa cikgu tak jawab? ” tanya GP yang menghubungi saya.
My  HP in my beg, in my car,” jawapan yang saya berikan. Ini maknanya saya akan menjawab call atau message setelah saya berada dalam kereta.
Saya sengaja tidak membawa HP kerana tidak mahu diganggu ketika mengajar dan mematuhi bersama larangan GP membawa HP ke bilik kuliah. Dengan harapan GP mematuhi peraturan itu dan membawa HP ke bilik kuliah. Malangnya, ramai GP membawa HP bersama dan kadang-kadang tanpa rasa bersalah menjawab call atau message dalam bilik kuliah.
Satu hari saya membawa HP waktu mengajar dan meletakkannya  di atas meja.  GP hairan dan perli saya. “ Bawa HP hari ini, selalu in my beg in my car, ” kata GP itu. Jadi, saya terpaksa menjelaskan terus terang.
“ Anak saya, baru operate di HUKM malam tadi, ” jelas saya. “ Saya khuatir  kalau ada panggilan  kecemasan, kalau apa-apa terjadi,” GP diam tanda faham.

Catatan
Teknologi media komunikasi  itu penting dalam kehidupan zaman kini. Peraturan  juga penting dan wajib dipatuhi. Bagaimana kita meletakkan keperluan peraturan  dan  kepentingan teknologi media komunikasi dalam situasi tertentu. Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit, kedua-duanya perlu bergabung mengikut situasi dan keadaan yang  urgent atau kecemasan. Namun dalam memelihara kedamaian dalam bilik pengajaran dan pembelajaran peraturan  menjadi keutamaan.

SPECIAL MALAY CLASS (SMC) ONE





bBERSAMA WARTAWAN SINAR HARIAN DAN HARIAN METRO






MAJLIS TEMUKEMBALI EX-MPPM 87/89

Program Majlis Temu Kembali Ex-MPPM 87/89 yang pertama berlangsung di Allison Kelana, Seremban.


Mantan pensyarah Azizir Yahya dan Mohamad Abd Ghani