HP pertama (kiri) dibeli di Pertama Kompleks, KL 1997
dan HP kedua (kanan) dibeli di Dataran Senawang Ogos 2013
“
In my beg, in my car”
Tanggal 22 Ogos 2013, saya membeli HP baharu jenis Samsung di sebuah kedai di
Dataran Senawang. Saya terpaksa membeli sim
card baharu kerana sim card lama tidak boleh diguna-pakai pada HP yang baharu. HP lama jenis Nokia saya beli di
Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dengan harga RM 600.
“ Mengapa tak boleh
pakai?” tanyaku kepada pekerja kedai itu.
“ Tengok tarikh sim card
2001. Dah lama sangat,” terang pekedai
itu. Memang sudah 12 tahun usia HP
saya itu tidak canggih, tetapi masih berfungsi dengan baik. Bagi saya, boleh
buat panggilan dan menghantar mesej sudah mencukupi. Tetapi dengan kemajuan
teknologi fungsi itu tidak mencukupi hari ini.
Ada dua sebab yang
mendorong saya membeli HP baharu. Tetapi saya membeli yang murah dan mampu
sahaja. Pilih yang murah supaya tidak terkilan, kalau hilang atau terjatuh ke
dalam lubang tandas.
Pertama
seorang rakan fb tanya, “ Cikgu ada WhatsApp?” Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan. “ Tak…HP saya barang antik, ” jawab saya seolah-olah
tahu.
Kemudian saya
bertanya kepada anak saya, “ Apa bendanya WhatsApp?
” Jawapannya, “ HP ayah dah lama, tak ada, HP
baharu semua ada.”
Kedua, kira-kira
seminggu kemudian, Ketua Biro Berita
Harian Seremban, Encik Ziauddin Sharudin bertanya soalan yang sama.
“ Cikgu ada WhatsApp?” tanyanya dalam mesej.
“ Tak ada Encik
Zia, HP saya barang antik,” jawab saya.
“ Ok, tak apa, ” jawab Encik Zia ringkas.
Dua dorongan itu
menyebabkan saya teringin hendak membeli HP
yang baharu. Setelah dua bulan angan-angan impian saya menjadi kenyataan.
Maknanya saya mula mengunakan
HP sekitar tahun 2001, ketika masih
berkhidmat di MPPM, Melaka. Saya tidak pernah membawa HP waktu mengajar. Ramai
guru pelatih (GP) menghubungi saya tidak
akan mendapat jawapannya.
Mengapa cikgu tak jawab?
” tanya GP yang menghubungi saya.
“ My HP
in my beg, in my car,” jawapan yang saya berikan. Ini maknanya saya akan
menjawab call atau message setelah saya berada dalam
kereta.
Saya sengaja tidak
membawa HP kerana tidak mahu diganggu
ketika mengajar dan mematuhi bersama larangan GP membawa HP ke bilik kuliah. Dengan harapan GP mematuhi peraturan itu dan
membawa HP ke bilik kuliah.
Malangnya, ramai GP membawa HP
bersama dan kadang-kadang tanpa rasa bersalah menjawab call atau message dalam
bilik kuliah.
Satu hari saya membawa
HP waktu mengajar dan meletakkannya
di atas meja. GP hairan dan perli
saya. “ Bawa HP hari ini, selalu in my beg in my car, ” kata GP itu.
Jadi, saya terpaksa menjelaskan terus terang.
“ Anak saya, baru operate di HUKM malam tadi, ” jelas
saya. “ Saya khuatir kalau ada panggilan kecemasan, kalau apa-apa terjadi,” GP diam
tanda faham.
Catatan
Teknologi media komunikasi itu penting dalam kehidupan zaman kini. Peraturan juga penting dan wajib dipatuhi. Bagaimana kita
meletakkan keperluan peraturan dan kepentingan teknologi media komunikasi dalam
situasi tertentu. Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit, kedua-duanya perlu
bergabung mengikut situasi dan keadaan yang
urgent atau kecemasan. Namun
dalam memelihara kedamaian dalam bilik pengajaran dan pembelajaran
peraturan menjadi keutamaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan