Isnin, 16 Jun 2014

CIKGU MURNI CIKGU PILIHAN





FB MENGECEWAKAN



Selasa, 3 Jun 2014, jam 5.15 petang, saya menerima kenyataan dalam  FB mesej box sangat mengecewakan dan meragukan yang berbentuk amaran itu. Kalau benar dari MTMZ, saya yakin  dia berusaha mencari peluang dan ruang untuk menghubungi saya memaklumkan situasi sebenar dengan apa cara sekali pun.
Bahkan,  kalau benar kenyataan itu, ia bukan salah saya  tetapi kelalaian dia sendiri; sama ada kelalaian tidak disengajakan atau dirancang dan disengajakan oleh dia  sendiri dengan meninggalkan HP dan tidak sign out FB dia.  Waullahualam.

Namun hati nurani (innates) saya   kuat mengatakan ia dirancang dan disengajakan. Pertama bahasa dan laras yg digunakan mirip gaya bahasa dia sendiri. Kedua, ia ada kaitan dengan tujuan alasan2 dia  tak msj sebelum ini yang sgt longgar  atau helah  dalih semata2 tidak berjaya. Ketiga, saya yakin lebih kepada tekanan anak yang dicintai sebagai janji emak kepada anaknya. Hinggakan dia sanggup  hilang privacy. Akhirnya, dia   sanggup ‘remove’ saya dan segala maklumat berkaitan saya di remove atau dia  delete drpd FB. .............

Ahad, 1 Jun 2014

PERISTIWA DR AZIZAN – SEMINAR HIDUP LUAR BIASA

PERISTIWA  DR AZIZAN – SEMINAR HIDUP LUAR BIASA
RABU, 28 MEI 2014

Hari ini aku mendaftar bersama kawan-kawan Pejabat Penerangan menyertai Program Dr Azizan, Seminar Hidup Luar Biasa,  di MITC Melaka bermula jam 8.00 malam.

Aku bertolak dengan kereta Pegawai RELA Daerah menuju Ayer Keroh serta sampai pada jam 7.15 malam. Kami menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Ayer Keroh. Selepas itu lantas ke sebuah dewan besar di MITC Melaka.

Program bermula jam 8.30 malam dengan muzik lagu  ‘warm-up’ yang melonjakkan para anak muda malam itu. Aku tidak mampu, sesuai dan berminat dengan cara tersebut. Aku hanya berdiri memerhati sahaja.

Pada pukul 9.00 malam baru Dr Azizan Osman muncul, dengan tip-tip luar biasa dengan LIMA kata kunci selama 2 jam. Kata kunci tersebut ialah, berkat, memberi, bersungguh, berterima kasih dan bersyukur. Pengisian motivasi tidak ada yang luar biasa hanya penyampaian yang dapat menarik para remaja.

Persoalan dalam hati saya, ialah apakah factor yang dapat menarik para  peserta pelbagai usia dan golongan kira-kira 3,000 orang malam itu. Program itu tiada jamuan atau minuman ringan sahaja. Adakah kerana tajuknya? Atau adakah fokusnya kepada kekayaan? Aku fikir semua mahu menjadi kaya atau jutawan yang menjadi daya penariknya.

Ketika sesi Afdlin Shauki, menyampaikan pengalamannya bersama Dr Azizan dengan produk seluar batiknya.

Seorang ibu, bertanya bagaimana cara dia mendapatkan RM untuk membina satu madrasah sebagai tanda kesyukuran dan amal jariah untuk anakanda kesayangannya.

Katanya, seorang anak lelakinya, pelajar UiTM Puncak Alam yang menunggang motorsikal untuk balik ke kampung telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Plus.

Walau pun kehilangan anak kesayangan, Ibu itu menyatakan kesyukurannya kerana berlaku pada bulan 27 Ramadhan ( bulan puasa, 27 haribulan hari Lailaturkadar, masih berpuasa ) pada bulan dan tarikh dan waktu yang istimewa, Ibu itu redha dengan keistimewaan hari Allah swt.

Sebagai tanda kesyukuran ibu itu terhadap keistimewaan yang diperolehi oleh anaknya itu, ibu itu ingin membina dan mewakafkan sebuah madrasah untuk anak istimewa daripada Allah swt itu.

Inilah isu yang menarik hati saya malam itu. Di mana seorang ibu meluahkan perasaan dalam keadaan hiba ingin menjadi kaya untuk membina sebuah madrasah sebagai tanda kesyukuran terhadap Allah swt yang telah mengambil anak kesayangan pada bulan yang mulia, hari yang berkat, dan masa yang baik. Insya-Allah akan dimakbulkan oleh Allah swt.


Persoalan yang ada dalam pemikiran aku. Aku tidak mampu untuk membina madrasah.  Oleh itu selama ini, aku hanya berjariah dengan tenaga dan ilmu yang aku miliki. Aku bersedia membantu anak-anak dan mereka memerlukan bantuan ilmu yang aku mampu. Dan aku sentiasa melibatkan dengan kegiatan amal dan kebajikan kepada golongan asnaf, ,melalui persatuan yang ditubuhkan bersama kawan-kawan, PERSATUAN AMAL DAN KEBAIKAN ANAK-ANAK REMBAU atau ringkasnya PAKAR. 

PERISTIWA HARI INI - ULANGTAHUN KELAHIRAN

PERISTIWA HARI INI
AHAD, 1 JUN  2014

Hari ini hari ulangtahun kelahiranku. Sejak awal hati kecilku berharap hari ini menjadi hari bahagia dan ceria kembali dalam diriku. Aku bercadang bertemu dengan Z di UPM, di hadapan FBK, pada jam antara 2-3 petang, kerana pada awalnya jangkaanku Z telah habis peperiksaannya. Kehadiran Z mungkin aku mampu melupakan M- - - sebagaimana saranan  Z.

Sebaliknya, ketika membaca akhbar di pinggir jalan taman seperti biasa; aku terima msj daripada Z berbunyi, ‘ saya  dah habis exam, nak balik Perak’ pada jam 9.48 pagi, sungguh hancur harapanku dan tanpa sedar menitis air mataku. Aku tidak mampu menjawab mesej itu dan tidak tahu apa hendak aku katakan  ketika itu.

Namun aku berazam tetap kotakan kata-kata aku. Aku raikan sendiri dalam keseorangan di lokasi yang aku harapkan. Aku tidak rela dikata pembohong oleh manusia dan tergolong sebagai munafik oleh-Nya walau sekecil mana sekali pun.

Aku sedar Z sejak awal tidak akan kotakan katanya. Paling hampir,  Z  kata akan beritahu jadual examnya pada hari Jumaat. Aku menunggu bagai buah tak gugur setiap masa kerana tiada maklumat diberikannya. Jika, Z menepati atau kotakan katanya itu dan memberi  alasan keadaan dirinya aku boleh terima dan aku tarik balik kata-kataku untuk ke UPM hari ini.Tetapi mengapa Z tidak mengkotakan kata-katanya memberi maklumat  jadual exam sebagaimana yang dijanjikan.

Aku sedar Z sengaja pelbagai dalih diberikan. Tidak sama nadanya  pada awal pertemuan maya.  Dan aku nyatakan rasa resah dan gelisah aku.

Namun, oleh kerana aku sedar Z akan menduduki peperiksaan, maka aku sengaja tidak bertanya dan mengulangi harapan hati kecilku, tetapi memberi  galakan dan kekuatan diri fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan sahaja.

Aku tetap nak tunaikan kata-kataku. Jam 1.30 tgh meninggalkan rumah menuju UPM, setelah menyediakan nasi dan air minuman emak di atas meja. Malangnya, terkandas oleh kenderaan yang banyak di Lebuhraya Plus…aku tak mampu teruskan memandu kerana tidak sehat dan sakit kepala dan jam sudah pukul 2.30 petang. Aku pusing dan balik ke rumah.

Di rumah, aku tanya mak,” Mak dah makan?” kerana aku lihat nasi masih di atas meja.
“ Mana lauknya nak makan,” hendik Mak kuat. Aku tergamam. Baru aku perasan tidak ada lauk gulai di atas meja. Hanya sayur dan ikan goreng. Aku  bertambah sedih dan masuk ke bilik menitiskan air mata.

Jam 2.58 “ Selamat hari jadi, semoga dilindungi Allah selalu,” aku terima dari Z.

Lantas aku megucapkan terima kasih dan  meluahkan perasaan sedih aku kepada Z. Aku tidak tahan menanggungnya.

Abg sabar ye. Org tua memang macam tu, saya dah sampai Perak”. Kemudian aku menyatakan aku demam dan sakit kepala kepada Z dengan harapan mendapat belas kasihan dan kata-kata yang menguatkan semangat aku terus hidup. Baharulah aku berani menyatakan kepada Z demi menjadi hati dan perasaan Z ketika menghadapi peperiksaannya.

Ok, rehat la” jawab Z ringkas.

Aku hairan ke mana hilangnya perkataan sayang, I love you I miss you yang sering diucapkan sebelum ini. Aku yakin akan kekal dan mengharapkannya daripada Z kerana aku sangat percaya dengan ungkapan kata-kata itu daripada Z sebelum ini. Ia membuat aku rasa sedih, resah dan gelisah.

Titisan air mata pada hari ulangtahun kelahiran ini adalah kali kedua. Pertama, pada tahun 2005 lalu, aku menitis air mata di hadapan kelas ketika mengajar KPLI/LPBS yang kebetulan guru-guru pelatih meraikan hari kelahiranku dengan potong kek di hadapan kelas. Aku diraikan pada saat aku menerima mesej yang menikam jiwaku. Mereka kehairanan menyebabkan  mendorong  aku bercerita terus terang ( pada Z akan aku ceritakan nanti)


Aku mohon maaf kepada-Nya kerana tidak mengkotakan kata-kataku sendiri. Jika kata-kataku telah tertunai dan pasti tiada dakwaan-Nya di akhirat  di Yaumalmahsar  kelak. Biarlah aku meraikan sendirian dengan air mata; asalkan diri ku tidak berbohong kepada diriku sendiri. Aku kesal kerana tidak mampu mengkotakan kata-kataku. Dan kesal bercampur resah gelisah mengapa insan yang aku sayang dan harapkan akan menggembirakan aku pada hari ini;  begitu mudah tidak mengkotakan kata-katanya kepadaku.