Seorang jemaah Masjid Bukit Indah, Ampang, KL
Satu wadah menyelami jiwa, watak dan perasaan, aliran pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi bersama.
Sabtu, 26 Julai 2014
Sabtu, 19 Julai 2014
Jumaat, 18 Julai 2014
Khamis, 17 Julai 2014
Rabu, 16 Julai 2014
MB N9 BERSAMA WARTAWAN 16 JULAI 2014
Ahad, 6 Julai 2014
SAJAK - PERJALANAN INI (2)
Perjalanan ini (2)
( untuk anak-anakku tersayang )
anak-anakku
ada tikanya
kita meniti titian yang rapuh
yang di bawahnya ada aliran air yang deras
jangan biarkan kita jatuh sayang
kerana kita tak mahu hanyut
anak-anakku
ada tikanya
kita meniti titian yang goyang
yang di bawahnya ada jurang-jurang yang tajam
jangan biarkan kita tergelincir sayang
kerana kita tak mahu tubuh tertusuk
anak-anakku
kita sedang meniti titian ini
tanpa tahu apa likunya
tanpa tahu apa ranjaunnya
hulurkan tanganmu sayangku
agar kita bisa berpaut
hulurkan jua bahumu
agar kita bisa bersandar
kerana tautan dan sandaran itu
bisa menjadikan kita kuat
anak anakku
dalam meniti titian ini
jangan sesekali kita alpa
kerana kita ada Dia
kpd-Nya kita berserah
kepada-Nya kita menyerah
agar perjalanan ini
terus diredhai
09hb
Januari 2011 pukul 12.04 ptg
idea
yang ntah hapa-hapa
Khamis, 3 Julai 2014
SAJAK RAGU MENANTI
Ragu Menanti
Hatiku jadi ragu dan
keliru
Kini sentiasa berdalih
“ Dia ada jangan
mesej”
Adakah aku sengaja
kau tipu
Ada kah dia tahu kata
laluanmu
Masakan dia boleh baca
mesejku
Adakah dia genggam
hp gagetmu
Masakan jadi miliknya
sepanjang waktu.
Berehatlah diri disuruh
lagi
Adakah kau
mempermainkanku
Adakah kau sengaja
mengerapukan katamu
Adakah satu
lakonan seorang pelakon terbaik
Lebih baik kau bunuh
jasadku sekali
Hingga ku menjadi
ragu menanti.
Aku menunggu menanti
Setiap saat pada setiap
hari
Setiap mesej
berbunyi
Kusangka kau datang
sendiri.
Walaupun seribu kali.
Kini kau biarkan aku
sendiri
Menanti menanti
terus menanti
Membuat air mataku
menitis rindu
26 Mei 2014
12.26 tengah malam.
~~When
I close my eyes, I can see you clearly
and
when I open my eyes I miss you so deeply.~~
Langgan:
Catatan (Atom)