Khamis, 3 Julai 2014

SAJAK RAGU MENANTI

Ragu Menanti

Hatiku jadi ragu dan keliru
Kini sentiasa berdalih
“ Dia ada  jangan mesej”
Adakah aku sengaja  kau tipu
Ada kah dia tahu kata laluanmu
Masakan dia boleh baca mesejku
Adakah dia genggam  hp gagetmu
Masakan jadi miliknya sepanjang waktu.

Berehatlah diri disuruh lagi
Adakah kau mempermainkanku
Adakah  kau sengaja mengerapukan katamu
Adakah satu lakonan  seorang pelakon terbaik
Lebih baik kau bunuh jasadku sekali
Hingga  ku menjadi ragu menanti.

Aku menunggu menanti
Setiap saat pada setiap hari
Setiap  mesej berbunyi
Kusangka kau datang sendiri.
Walaupun seribu kali.
Kini kau biarkan aku sendiri
Menanti menanti  terus menanti
Membuat air mataku menitis rindu

26 Mei 2014
12.26 tengah malam.


~~When I close my eyes, I can see you clearly
and when I open my eyes I miss you so deeply.~~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan