Meja kerja di Aras Satu Banguan Pakar, MPPM |
Satu wadah menyelami jiwa, watak dan perasaan, aliran pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi bersama.
Rabu, 27 November 2013
Rabu, 20 November 2013
Mengapa
penyu menangis
Menangis
!
Mengapa
penyu menangis?
Kan
penyu kata 'Penyu tidak menangis lagi'
Bila
katak melompat-lompat ke pangkuan
Penyu,
janji tak menangis lagi.Top of
Form
Ya,
penyu cuba tidak menangis lagi
Tapi
penyu tidak boleh janji
`
Itu
lumrahnya penyu melepaskan tekanan.
Selagi
tidak puas beban yang terbuku di hati.
Tidak
mengapa, jangan risau , jangan gundah
Airmata
penyu tidak akan membasahi orang lain.
Janji
penyu tidak akan menangis lagi
Kerana
penyu bukan penyu lagi.
Tangisan
adalah kenangan
saat
penyu sakit semasa hamil,
Arwah
mak tiada disisi membantu
bila
arwah diperlukan. Itu sahaja.
Tetap
dikenang dan selalu mengenangkan
betapa
payahnya seorang ibu,
membawa
perut selama sembilan bulan,
susah
nya bersabung nyawa melahirkan
dan
bahagianya ibu
bila
anak yang dikandung ada di depan mata.
Kalau
penyu baru dengan pengalaman pertama ,
bagaimana
arwah mak melahirkan
kami
sepuluh orang anak-anak emasnya.
Betul kan !
5
Jun 2013
Bottom of Form
Selasa, 12 November 2013
MENGAPAKAU TINGGALKANKU
Bukankah kau
berjanji
akan selalu ada
disisiku
bukankah kau
bertekad
untuk selalu
melindungiku
keluargaku
setelah ketiadaanku
bahkan apapun membahayakanku.
Bukankah kau
pernah berkata
takkan berganjak
dari sisiku
takkan hilang dari mataku
takkan sendirian meninggalkanku.
membuatku lafaz
bukan janji palsu
bahkan seribu
tahun akan kutunggu.
Sekarang kau
pergi
meninggalkanku
sendiri
menjadi tunggul
sepi
menangisi
kepergianmu
namun jiwa dan jasad tetap menanti.
Sekarang kau di
sana
tak kaulihatkah
aku di sini bersedih
tak lihatkah
betapa menderitanya aku
memegang
janjiku, menagih janjimu
merindu dan menangisi
kepergianmu
sujud kepada-Nya
mohon kembalikanmu.
Sekarang kau
disana
terus membisu
membuat aku kaku
pada wajahmu
terpahat seri palsu
Meninggalkan tunggul
sepi yang bisu
Hanya satu yang
ingin kuhembuskan padamu
Mengapa sampai hatimu meninggalkanku?
12 Nov 2013, 6.12 pm.
Sabtu, 9 November 2013
TANGGAPAN TERHADAP ORANG NOGORI 9
Rasis ko
prejudis atau persepsi ?
Tengku Mimi Khirlina yang berusia 40-an pernah berbicara dalam
Tengku Mimi Khirlina yang berusia 40-an pernah berbicara dalam
facebook bersama saya. Ia bermula dengan kisahnya menolak perkahwinannya dengan bekas tunangnya
jejaka, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tunangnya
dipilih oleh kedua orang tuanya. Tengku Mimi Khirlina menyatakan kepada
arwah bapanya, Datuk Tengku Ibrahim, mengapa dia enggan seboleh-bolehnya berkahwin
jejaka Negeri Sembilan. Alasan yang diberikan, bagaimana liku-liku hidup
berumahtangga yang dialami oleh abangnya
yang pernah berkahwin dengan seorang
perempuan Nogori 9. Sepanjangan perkahwinan itu abang tersiksa dengan
kongkongan isterinya berasal dari Lukut, Port Dickson.
Pengalaman itu lantas pelbagai
soalan berlegar dalam otak Tengku
Mimi Khirlina kerana anggapan ia sebagai amalan masyarakat Adat Perpatih.
Soalan dalam pemikirannya ialah, mengapa? Wanita
Nogori 9 bolot harta pusaka, queen controls atau buat suami patuh pada arahan
isteri, kebendaan atau materialistic. Persoalan lain lelaki berkahwin wanita Nogori
9 masuk ‘suku’ dan bila bercerai keluar sehelai sepinggang. Isu ini menghantui
pemikiran Tengku Mimi Khirlina kerana semuanya dilalui oleh abang kandungnya.
Ya, topik hari ini ialah berkahwin orang Negeri
Sembilan. Adakah rasist atau prejudis?
Saya memulakan dengan menimbulkan satu soalan,
“ Betul ke kahwin
orang Nogori 9 kena queen control?” tanya aku.
Soalan ini disambut oleh Tengku Mimi Khirlina dan beberapa rakan lain.
“ Betul tu, bang ...saya sokong 100%,” jawapan
balas dari Tengku Mimi Khirlina pantas.
“ Bila ditanya sedemikian teringat
pesanan sahabat baik arwah daddy yang tinggal bersempadanan dengan Melaka. Pasangan itu beristerikan orang Nogori 9,
selalu berbalah isu hak dan harta. Orang lelaki Nogori 9 perlu berusaha sendiri, juga pembahagian harta
harus diserahkan pada perempuan, menyebabkan dia berpesan jika meninggal dunia dikebumikan
di Negeri Melaka,” tambah Tengku Mimi
Khirlina.
“ Maaflah Datuk setiap hujung minggu saya kena
cuti sebab nak balik
Rumah Mak Iti ( org N9), “ Kata driver arwah daddy, Uncle
Osman. Orang Kedah.
"
Aiii ...Man tiap-tiap weekend?” Daddy tanya balik
“ Ya Tuk....kucing beranak pun nak balik. Last-last
saya tinggal spender je macam ni,:” kami
adik beradik tergelak dengan lawak Pak
Man...
‘ Uncle
Osman, arwah dah dia,” sambung Tengku Mimi Khirlina.
“ Saya
orang Nogori 9 . Suka juga orang
Kelantan,” kata Nazri Yusof pula.
“ Sebenarnya,
orang lelaki mana-mana negeri pun baik. Cuma
mungkin lelaki pantai timur lebih lembut dan dapat menundukkan orang perempuan
Nogori 9...agaknya,” kata Tengku Mimi Khirlina lagi.
“ Mungkin
juga perempuan Kelantan pandai cari
rezeki dan tak lokek berbahagi dengan pasangannya menyebabkan lelaki Nogori 9 yang
jauh hati dengan perempuan senegeri dengannya merasakan lega dengan penerimaan
perempuan Kelantan,” tambah Tengku Mimi
Khirlina selanjutnya.
“ Kalau gitu rasis ke prejudis?
Hehehe....mai dari negeri mana
pun sama gak....yang pentng diri sendiri, ” sampuk Cikgu Nurul pula.
“ Betul tu cikgu Nurul ...bukan rasis. Tapi
prejudis,” aku menyokong Cikgu Nurul.
“ Saya
tak suka lah orang prejudis..sebab saya besa mengalami satu
pengalaman macam tu la gak lebih kurang...macam
ne sorang pegawai bank marah-marah saya bila saya berurusan dengan dia di
sebuah bank di KL ...sy dah tak ingat bank apa dan katne...waktu-waktu baru sampai dari kampung ...mai nak daftar kat UPM ...loghat
saya pun memang tak leh kontrol la...dia
arah saya pi kaunter laen, walaupun
kaunter dia kosong..tak dak sapa..nombor giliran yang dipanggil tu memang kat kaunter dia,” cerita Cikgu
Nurul.
“ Waktu tu zaman-zaman reformasi lagi...sekitar 1999-2000...mungkin ada
segelintir yang prejudis dengan orang-orang
negeri-negeri sebelah utara. Sedih dan
rasa nak menangis ja kat mak saya..tapi sebab saya cerdik dan sabaaq sikit dari
orang tu ...saya tak dak la nak marah dia balik ..pastu memang saya tak suka kalau orang prejudis terhadap satu kaum, bangsa , budaya..bahasa
dan lain-lain,” jelas Cikgu Nurul
panjang lebar yang berasal daripada Kedah.
“ Bagi saya biaq kita berbeza, asal selagi menghormati...jangan menilai dari satu sudut ja.....mungkin tu cuma teori kebetulan ja
kot..hihihiihihih,” kata Cikgu Nurul lagi dalam loghat utara lagi.
“ Tumpang tanya, apa tu prejudis. saya ni
kurang perbendaharaan kata,” tiba-tiba
Anuar Khir menyampuk pula
“ Prejudis
bermaksud berfikiran negatif iaitu suka memandang serong pada seseorang
atau sekumpulan orang,” terang Shah
Jehan.
“ So,
bukanlah rasis , ya Shah...,”
tanya Tengku Mimi Khirlina.
“ Oh, bukan rasis tapi prejudis atau persepsi saja,” terang Shah Jehan.
“ Oh, syukran,”
suara Anuar Khir.
Semua persoalan dalam pemikiran Tengku Mimi
Khirlina itu hanya persepsi atau momokan
sahaja. Masuk suku, queen control, sehelai sepinggang dan lain-lain, hanya konotasi jenaka sahaja. Tetapi, momokan terhadap gadis Nogori 9 yang begitu, hingga menakutkan gadis luar
berkahwin dengan jejaka Nogori 9. Ini menyebab Tengku Mimi Khirlina memutuskan
pertuangan dengan jejaka Kuala Pilah.
Jejaka Kuala
Pilah sangat kecewa dan menyatakan tidak akan berkahwin dengan gadis lain, kecuali Tengku Mimi Khirlina. Sebaliknya,
tidak sampai tiga bulan jejaka itu
berkahwin dengan gadis Kuala Lumpur juga. Tengku Mimi Khirlina tidak kecewa
tetapi tidak percaya dengan jejaka Nogori 9. Adakah sikap Tengku Mimi Khirlina
itu rasis atau persepsi?
Catatan
Manusia tetap manusia tanpa mengira
asal usul mereka. Manusia sama sahaja di mana-mana. Jangan membuat penghakiman dan bias terhadap
orang Nogori 9. ‘ Queen Control’ bukan orang Nogori 9 sahaja, tetapi orang KL,
orang Perak, orang Penang pun ada yang ‘Queen control’ Adalah tidak adil
persepsi itu ditujukan kepada orang Nogori 9, dan sebagai orang Nogori 9, saya menentang persepsi atau tanggpan tak berasas itu.
PERJANJIAN KEMERDEKAAN REMBAU
Pada hari ini 28 Januari dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan
ditandatangani di antara Penghulu Rembau iaitu Raja Ali dan lapan orang Suku
bagi pihak Rembau dan Robert Ibbetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan
Melaka bagi pihak kerajaan Inggeris. Dengan perjanjian ini Kerajaan Inggeris
membatalkan dan memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang terdahulu
yang dibuat di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris yang ada
sekarang. Antara perjanjian itu ialah:-
1. Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah Rembau dan jajahan takluknya.
2.
Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan yang berpanjangan
dan menahan dari melakukan sebarang tindakan permusuhan. Kerajaan Rembau bebas
menjalankan pemerintahan dalam lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan
adat negeri itu.
3. Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di kawasan pihak Inggeris, pihak Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan tetapi hendaklah merujukkan angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris, ia akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris, demikian juga sebaliknya jika berlaku angkara ke atas rakyat Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau, pihak Inggeris tidak boleh mengambil sebarang tindakan tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum mengikut kesalahannya. Sekiranya pihak Rembau mengumpul orang dan kelengkapan untuk tujuan berperang, hendaklah ia memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian juga bagi pihak Inggeris hendaklah ia berbuat yang sama.
4. Dengan termaktubnya perjanjian kemerdekaan Rembau, pada hari ini dalam tahun 1832, Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai sebuah negeri yang merdeka. Ini dapat dimengertikan dari pemansuhan perjanjian-perjanjian yang terdahulu yang mengikut dan memaksa Rembau menurut segala kemahuan Inggeris.

SEJARAH AWAL REMBAU
Maksud Nagari dalm Minangkabau satu penempatan
sebelum menjadi Nagari mesti melalui satu proses Metamorsis .
Taratak mula dibuek
sudah taratak menjadi kampuang
sudah kampuang menjadi dusun
sudah dusun menjadi koto
sudah koto menjadi nagari .....
Semasa Kesultanan Melaka, penduduk Rembau merupakan Jakun dibawah pimpinan Batin Tok Pak Tinggam. Nama lama Rembau adalah Perabu. Abad ke 16 Rembau di bawah pimpinan Batin Sekudai (tiada kaitan dengan Bedahara Sekudai) . Masa ni masih jajahan Melaka dan Tun Jenal menjadi wakil Melaka ngan gelaran Tun Rembau duduk dekat Lubok Cina.
Nama asal Rembau bermula daripada sebatang pokok Merbau Tua yang besar menaungi hampir 10 buah kampung. Masa utk menebang pokok tersebut mengambil masa hampir 1 bulan. Tapak pokok boleh dihidang hampir 12 dulang. Ini bukan dongeng kerana semasa penduduk kawasan tersebut membajak masih terdpt btg pokok yg tidak hancur. Kapak yg digunakan utk menebang pokok masih ada dan saya pernah tengok . Masa inilah keluarga Jakun yg ingin membuka kg disuruh meniti sepanjang pokok tersebut sampai di hujung buatlah kg . Sampailah di Sg Ujung. tu psl Sg Ujung digelar Sg Ujung kerana berada dihujung sg.
Org Minangkabau yg pertama dtg ke Negeri Sembilan yakini Rembau adalah Datuk Leteh. Datuk Leteh dan org Minangkabau tlh hidup harmoni bersama org Jakun sehinggakan Batin Sekudai menyerahkan anaknya Datuk Bungkal sbg anak angkat Datuk Leteh.
Org Minangkabau yg kedua dtg ke Rembau adalah Datuk Lela Bangsa dr suku Batu Hampar menetap di Penajis. Beliau dikahwin ngan Datuk Bungkal dpt anak lelaki Seri Rama (Penghulu Rembau yg Pertama).
Kedatangan beliau diikuti olh Datuk Laut Dalam dr suku Paya Kumbuh menetap di Legung.
Dalam tahun 1540 Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam tlh pergi mengadap Sultan Alauddin Riayat Syah utk menyatakan hasrat org Minangkabau melantik penghulu. Permohonan ini tld di persetujui oleh Sultan dan Seri R ama tld menjadi Penghulu yg pertama ngan gelaran Dat uk Lela Maharaja. (Suku Biduanda Jakun). Olh sbb beliau msh kecil diwakilkan oleh Datuk Lela Balang dgn gelara n Datuk Gempa Maharaja. Apabila Datuk Laut Dalam tak setuju beliau pun mengadap sultan dan meminta ktrnnya juga layak utk menjadi Penghulu ngan syarat kahwin Seri Rama ngan anak DatuK Laut Dalam dan anak lelaki yg pertama akan menjadi penghulu ngan gelaran Datuk Sedia Raja (Biduanda Jawa). Datuk Laut Dalam telah digelar Datuk Merbangsa.

Rabu, 6 November 2013
‘Pengantin tak jadi’ Berbaju kurung ke Pasar Malam
SABTU 26 FEB 2011 :
Hari ini hari yang sangat meletihkan, penat, hampa dan mengecewakan Tengku Mimi
Khirlina. Semua perjanjian dan
perancangannya tidak menjadi. Tengku Mimi Khirlina termenung sendiri di pejabat
Pusat Tuisyen Bestarinya di Taman Kosas, Ampang.
“ Tak mengapalah, aral dah melintang, takdir dah tersurat, pasti ada hikmahnya. Tugasan di pejabat sedikit sebanyak menghiburkan hati,” bisikan yang memujuk hati Tengku Mimi Khirlina.
Anak murid, Nazhan tiba-tiba terlintas di hadapannya menegur, "Cikgu nak pergi kenduri ke lepas kelas petang ni" Sebelum ini, dia tidak pernah bertanya dan bercakap, tiba-tina budak ni bersuara.
" Mengapa awak tanya cikgu, macam tu? " Tanya Mimi.
“ Cikgu nampak cantik dan lawa dengan baju kurung. Cikgu tak pernah pakai macam ni, baju dan kasut cikgu di atas rak, sama warnalah,” pujian Nazhan yang membanggakan.
"Cikgu nak pergi hadiri majlis lepas kelas nanti,” jelas Mimi.
" Majlis orang kahwin ke Cikgu? Cikgu macam pengantin..." tiba-tiba Nazhan ketawa akan Umi.
" Ya lah , pengantin tak jadi," lawak Mimi. Kami gelak sama-sama.
Sejurus selepas kelas, tiba-tiba anak dan ayahnya call dari Genting. Anak Mimi baharu mendaftar di sebuah sekolah elit swasta di Genting. Ayahnya menemani dan memantau anak kesayangannya dengan tinggal menyewa sebuah apartment di Genting.

Gadis Melayu, Tengku Mimi Khirlina berbaju kurung? |
"Cikgu nak pergi hadiri majlis lepas kelas nanti,” jelas Mimi.
" Majlis orang kahwin ke Cikgu? Cikgu macam pengantin..." tiba-tiba Nazhan ketawa akan Umi.
" Ya lah , pengantin tak jadi," lawak Mimi. Kami gelak sama-sama.
Sejurus selepas kelas, tiba-tiba anak dan ayahnya call dari Genting. Anak Mimi baharu mendaftar di sebuah sekolah elit swasta di Genting. Ayahnya menemani dan memantau anak kesayangannya dengan tinggal menyewa sebuah apartment di Genting.
Tengku Mimi Khirlina berkejar
ke Ampang Point, order Pizza.
Tujuannya, Mimi ingat hendak hiburkan orang tengah marah dengan makanan Pizza.
Perjalanan terganggu kerana Jalan Ampang-Ulu Klang jam sangat teruk.
Tiba-tiba Tengku Mimi Khirlina dapat sms, “ Abang nak call”
Tiba-tiba Tengku Mimi Khirlina dapat sms, “ Abang nak call”
telah
menggembirakan hatinya.
“Alhamdulillah...ada orang sudi menemankan sepanjang
“Alhamdulillah...ada orang sudi menemankan sepanjang
perjalanan yang membosankan,” kata hati Mimi lagi.
Apabila berhadapan dengan mereka di Genting, tidak ada konklusi, masing-masing dengan pendapat sendiri, masing-masing hendak tunjuk keras kepala. Akhirnya, Mimi bawa balik barang-barang anak dengan meninggalkan mereka menyusur kemudian.
Sepanjang perjalanan balik ke Ampang, macam-macam perkara di fikirkan. Mimi call abang lagi...saja buat sibuk dan menyibuk hendak menyusahkan abang. Pandu kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan.
Tiba di Ampang Indah sebelum Bukit Indah, rasa nak makan sesuatu...teringat malam ini ada pasar malam ...nak merasa Young Tow Fu. Tapi pasar malam ini sudah lebih sepuluh tahun tidak pernah jejak dan cuba membeli. Beranikan diri dan selamba lah, harap-harap tidak ada orang perasan atau kenal.
Semasa memilih bahan-bahannya, Mimi sudah perasan seseorang lelaki asyik memerhati. Mat ini bukan nak beli sangat, sekejap ke gerai kiri, kanan, depan, belakang, tidak beli apa-apa pun. Hanya mundar-mandir sahaja.
Pada masa yang sama, tergerak hati berkata, “ Entah-entah nak meragut.”
Selepas membayar harga bahan-bahan, Mimi cepat-cepat melangkah laju meninggalkan gerai itu. Mat yang memakai T-shirt merah dan seluar track tadi mengekori di belakang. Mata-mata para penjual di semua gerai memandang ke arah Mimi. Mimi menjadi panik. “ Mengapa baju Mimi hari ini ada cacat ke, ada terkoyak dimana-mana ke, atau ke tudung salah pakai,” fikir hati Mimi.
Ketika, sedang berjalan ke kereta, tiba-tiba Mat tadi bersuara, "Assalamualaikum...buruk dan teruk sangat ke saya, semua orang pandang saya berjalan dengan awak," tegur Mat.
Mimi tersentak...,”Eehhhh...kenapa pulak Mat ni.” Tanpa menjawab salamnya, khuatir terperangkap.
" Ada apa?" tanya Mimi ringkas.
" Orang semua pandang saya jalan dengan awak, teruk sangat ke saya," jawab Mat tadi.
" Maaf, saya tak tau," jawab Mimi.
" Saya ada beli keropok ni, saya tak nak makan lagi( Sambil menghulurkan bungkusan dari tangannya)" pelawa Mat.
" Maaf saya tak nak terima,” Mimi terus berjalan meninggalkannya
" Kalau ada kerja kosong bagi tau saya yea" teriak Mat bertanya.
Tengku Mimi Khirlina rasa pelik, mengapa dia tanya kerja kosong? Bila Mimi masuk kereta dia ketawa dan salute angkat tangan. Siapa agaknya.................Matla'un tadi. Sumpah lepas ni Mimi tidak akan ke pasar malam itu lagi.

Kisah ini, diceritakan sendiri oleh Tengku Mimi
Khirlina kepada saya dan mengemukan
soalan, Siapakah Mat ber-T-shirt merah dan berseluar track itu? Tentu para pembaca ada jawapannya. Satu persoalan lagi,
mengapa Tengku Mimi Khirlina sudah lebih sepuluh tahun tidak pernah menjejak
pasar malam itu? Dan Mimi mengharap
tidak ada orang perasan atau kenalnya. Satu soalan lagi, adakah Tengku Mimi
Khirlina pergi di majlis perkahwinan itu?
Selasa, 5 November 2013
TSB SUNGAI LAYANG
TSB Sungai Layang berjaya
Hasil
kerjasama dan muafakat wanita
REMBAU
4 NOV 2013 : Kejayaan Projek Tanaman Semula Berkelompok (TSB) Sungai Layang seluas 45 hektar , dekat sini, yang diusahakan sejak 2006 memulakan penorehan dan mengeluarkan hasil, menjadi contoh kepada TSB Risda yang lain.
Kejayaan
TSB ini berasaskan faktor pemilik atau pesertanya yang terdiri 25 orang wanita
dan turut diketuai oleh wanita.
Pengerusi
Jawatankuasa TSB Sungai Layang, Rokizan
Ibrahim, 63, ketika ditemui menyatakan kesedaran dan mengambil inisiatif mengusahakan projek ini, apabila melihat keadaan tanah pusaka nenek moyang yang semak samun dan keadaan kampung yang terbiar.
" Saya berusaha sendirian mengajak pemilik tanah pusaka adat bekerjasama memajukan harta nenek moyang itu agar mendatangkan hasil," katanya.
" Seingat saya, semasa kanak-kanak harta tersebut di tanam semula, tidak pernah lagi ditanam semula setelah menjengkau 50 tahuan."
" Seingat saya, semasa kanak-kanak harta tersebut di tanam semula, tidak pernah lagi ditanam semula setelah menjengkau 50 tahuan."
Timbalan Pegawai Risda Negeri Sembilan Selatan, Syed
Rashid Syed Mohamad menganggap TSB Sungai
Layang terbaik dan paling berjaya di
daerah ini yang sepatutnya menjadi contoh kepada TSB yang yang lain.
Katanya, kejayaan TSB ini dicapai bukan
sahaja faktor permuafakatan dalam kalangan pesertanya tetapi kesubuhan
pokok-pokok getah sehingga penorehan boleh dilakukan mengikut jadual.
Beliau
berkata demikian ketika merasmikan program permulaan penorehan TSB Sungai Layang
Katanya,
kejayaan itu mendorong Risda membina depoh pengumpulan getah yang pertama di
daerah ini dengan kos RM 25,000, sebagai instrastruktur pemasaran
mewujudkan usahawan pekebun kecil dalam
kalangan peserta TSB dalam kawasan
seluas 300 hektar sekeliling.
“ Pembinaan
depoh ini mewujudkan jualan berkelompok supaya dapat dipantau oleh Risda, dan
pemilik dapat menikmati harga yang kompitatif dan pulangan yang baik, ”
katanya.
INGIN
Ingin kutulis rasa ini
yang menggelegak di bumi
yang menggelegak di bumi
waktu aku sendiri di sini
ditemani rindu dan memori
agar tak lemas pada diri.
Ingin kunyanyikan lagu sedu
yang merobek setangkai hati
sejauh jarak memisah rindu
Ingin kunyanyikan lagu sedu
yang merobek setangkai hati
sejauh jarak memisah rindu
tetap terasa dekat selalu
agar tak lenyap menjadi debu.
Ingin kusyairkan pantun pilu
yang mencengkam jiwa
sepantas masa memisah rindu
Ingin kusyairkan pantun pilu
yang mencengkam jiwa
sepantas masa memisah rindu
tetap setia terpahat di kalbu
agar tunggul
sepi tetap menanti.
Ingin kumadahkan pada bulan
yang bertemankan cerita pedih
Ingin kumadahkan pada bulan
yang bertemankan cerita pedih
sedekad janji merantai hati
tetap menanti
dalam sayu dan sepi
agar cakerawala tahu pilunya hati.
Ingin kunyatakan pada bintang
Ingin kunyatakan pada bintang
yang mengerti alam terkembang
setiap saat berbisik kisah semalam
tetap menyimpan
rahsia silam.
agar alam tahu kulagukan lirik sayang.
5 Nov 2013 ( 1 Muharram)
agar alam tahu kulagukan lirik sayang.
5 Nov 2013 ( 1 Muharram)
Ahad, 3 November 2013
TUAN GURU HAJI IBRAHIM MUHAMMAD DAHAN BIDANG KEAGAMAAN
TOKOH: Ibrahim Bin Haji Muhammad Dahan Bin Hassan, Haji.
terkenal dengan panggilan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau,
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1907, di Kampung Seri Lemak, Rembau, Negeri Sembilan. Mennggal dunia pada 3 Ogos 1997.
PENDIDIKAN : (1) Sekolah Melayu Salak Nama, Rembau, Negeri Sembilan, 1916 – 1922. (2). Sekolah Arab al-Ahmadiah, Alor Setar, Kedah, 1925 – 1930. (3). Belajar Ilmu Falak dengan Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islamiah, Kedah pada masa yang sama (1925 – 1930). (4). Melanjutkan pengajian agama di Makkah bagi mendalami Ilmu Fikah, Tauhid dan Hadis. (5). Melanjutkan pengajian di sebuah pusat pengajian di Kota Bahru, Kelantan selama empat tahun. Beliau bersanad kepada Tok Kenali dan Haji Umar Sungai Keladi tentang ilmu nahu, Ilmu Syaraf, ilmu Falak dan Ilmu Arabiyah. (6). Bersanad juga kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.
KERJAYA: (1). Guru sekolah pondok di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1935. (2). Guru madrasah di Madrasah Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946. (3). Guru Agama, Sekolah Menengah Undang Rembau, Negeri Sembilan, 1962 – 1968. (4). Penguatkuasa Zakat Fitrah Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, 1969. (5). Penceramah Bebas, mengajar di surau dan masjid di Tampin, Johol, Gemas dan Rembau, Negeri Smbilan, 1970 – 1997.
PENCAPAIAN: (1). Menubuhkan Madrasah al - Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946 dengan mengadakan majlis ikhtifal diadakan setiap tahun hingga tahun 1959, (2). Sepanjang tempoh pendidikan agamanya, beliau mendapatkan ilmu keagamaan daripada ramai ulama tanah air pada zamannya. Antara guru agama dan ulama yang mendidiknya termasuklah Tuan Guru Mumkin Dhahir Bin Darus (al-Quran), Tuan Haji Muhamad Haji Mustafi (Ilmu Tajuid), Tuan Guru Haji Mustaffa Haji Mahmud (Bahasa Arab), Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islmiah, Kedah (ilmu Falak), Tuk Kenali, Kelantan (Ilmu Nahu, Ilmu Syaraf dan ilmu Arabiyah seperti Tasauf, Kerohanian dan Perubatan), (3). Bukunya Nur al-Aulad yang diterbitkan pada tahun 1939 telah dicetak ulang sebanyak enam kali, iaitu pada tahun 1949, 1952, 1963, 1975, 1989 dan 1991. (4). Meningkatkan taraf Madrasah Al-Islamiyah yang ditubuhkannya pada tahun 1946 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim pada tahun 1957.(5). Madrasahnya di Bukit Sembilan, Chengkau Ulu, Rembau akan menjadi lokasi tetap Kampus Universiti al-Azhar, Cawangan Malaysia yang telah dengan rasminya diumumkan, 2008.
INOVASI: (1) Seorang “murobbi” atau mursyid yang mencadangkan pendidikan yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran dan diri peribadi serta ketaatan beribadah. (2). Memimpin anak-ank didikannya supaya memperkerapkan amalan solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha, manakala memperkerap amalan sholat fardhu berjemaah. (3) Mewakafkan tanahnya untuk membina madrasah al-Islamiyah dengan sistem pendidikan agamanya dinaik taraf mengikuti sistem pendidikan sekolah rendah agama rakyat (4) Menyemarakkan semangat dan meningkatkan inspirasi rakan-rakan sepengajiannya dalam usaha menyebarluaskan ilmu keagamaan ke seluruh pelusuk tanah air. Antara rakan-rakan sepengaajiannya termasuklah Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang, Melaka, Haji Abdul Ghani pondok Pasir Mas, Kelantan, Tuan Guru Haji Abd. Aziz Ibrahim dari Pendang, kedah, Tuan Haji Salleh Kemboja, Tuan Kadi Haji Mohd. Yatim Zainal Abidin dan penceramah bebas Tuan Haji Yassin Zainal Abidin, (dua adik-beradik), yang mengasaskan penubuhan Sekolah Agama Haji Mohd. Yatim di Ulu Gadong, Negeri Sembilan.
PENULISAN/PENERBITAN: (1). Nur al Aulad, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1939. 92). Taqwim Sholat bagi kawasan Negeri Sembilan, Selangor dn Melaka, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1954. (3). Shalah al Ghilman fi ‘Ibadah ar-Rahman, oleh Ibrahim Muhammad dahan, 1976. (4). Risalah Kecil mengandungi doa, waktu sholat dan arah Qiblat, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1976. (5). Risalah mengerjakan Haji dan Umrah serta Teks khutbah Jumaat dan Hari Raya, oleh Ibrahim Muhammad Dahan. 1976.
ANUGERAH/GELARAN: Tidak ada

PENUMPANG PERTAMA KOMUTER DARI REMBAU
Hari ini, tanggal 30 Ogos 2013 saya dimaklumkan
perkhidmatan komuter KTMB mula beroperasi bermula pagi ini dengan tiga
perjalanan. Jam 5.45 pagi, saya bergegas ke Stesen Keretapi Rembau yang baharu
untuk merakamkan sejarah kemajuan Rembau dalam kemudahan awam.
Perjalanan yang
pertama pada jam 6.00 pagi, saya dimaklumkan hanya enam orang penumpang
ke KL Central yang bertugas di Kuala Lumpur. Namun orang pertama membeli tiket
, seorang wanita awal tiga puluhan yang dihantar oleh suaminya. Amiza Harun
namanya yang tinggal di Taman Seri Rembau Fasa III, yang berkerja di ReadyCare,
Damansara. Sebelum ini, Amiza sudah
lebih setahun guna komuter, dulu Stesen Sungai Gadut. Amiza mencatat sejarah
sebagai wanita pertama membeli tiket menggunakan perkhidmatan Komuter KTMB dari
Rembau-Rawang. Sementara lima orang lagi menyusur kemudian.
Kemudian perjalanan
kedua, jam 6.30 pagi terdiri daripada lapan orang penumpang termasuk lima pelajar
Cina belajar di sekolah di ACS Seremban.
“ Mengapa anda
menaiki komuter?” saya tanya salah
seorang pelajar tersebut.
“ Jimat 40 sen dan
lebih selesa,” jawabnya ringkas.
Seterusnya,
perjalanan ketiga, jam 7.00 pagi, hanya dua penumpang warga emas suami isteri.
“ Tuan haji hendak
ke mana?” saya tanya beliau.
“ Klang, ke rumah
terbuka anak saya,” jawab Haji Nordin. “ Murah, kami warga emas cuma RM 4.50
sahaja,” tambah beliau.
“ Macam mana Tuan
Haji tahu, Komuter mula beroperasi hari
ini,” tanya saya lagi.
“ Saya lihat komuter sudah mula menggunakan
landasan. Semalam saya datang ke sini dan dimaklumkan mula operasi pagi ini,”
kata Haji Nordin.
“ Apa pendapat Tuan
Haji, bila perkhidmatan komuter dimulakan di sini?” saya tanya lagi.
Penumpang pertama bersama Mohd Hider Yusoff,
General Manager Commuter Services, KTMB.
|
“ Bagus. Ini yang
kami tunggu selama ini. Kami boleh terus ke Klang tanpa pergi ke Seremban
lagi,” jawabnya.
Sebelum komuter
berlepas, wartawan sambilan akhbar Cina mengambil gambar Haji Nordin bersama
isterinya dari beberapa sudut. Bahkan saya mengambil kesempatan meminta
wartawan itu mengambil gambar saya. Apabila saya paparkan dalam FB, ramai kawan-kawan menganggap saya
juga penumpang hari pertama pada pagi itu.
Catatan
Rembau, sebuah daerah kecil yang ternama yang
akan dipelihara identitinya demi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri
beradat ini. Pembangunan akan berfokuskan kepada pembangunan institusi dan
tidak pembangunan komersial. Matlamat tersebut, sewajarnya selari dengan pembangunan prasarana
yang baik ini, dengan membangunkan produk-produk pelancongan historical heritage,yang kaya di daerah
ini, sebagai daya penarik pelawat hujung minggu datang ke daerah Rembau.
Jumaat, 1 November 2013
TANDA, SEBAB DAN KESAN SOMBONG
Hari ini terlalu ramai kita bersikap dan bertingkah sombong kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, pelajar-guru khususnya dan insan amnya. Saya amat merasakannya. Oleh itu, saya berpesan pada diri saya dan para yang tersebut agar sentiasa berusaha menjauhkan sikap dan tingkah yang sangat dimurkai oleh Allah swt itu.
Perkara-perkara dibawah ini perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.

PENGERTIAN SOMBONG
Mngikut
istilah bahasa Melayu, sombong atau angkuh dalam pengertian bahasa moden ialah
ego. Mengikut syariat Islam, bermakna membesarkan diri kerana merasakan diri
mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan
menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat ia merupakan sifat batin
(mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan
kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat
sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya.
Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia
daripada Nabi Adam a.s.
Peristiwa
kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat:
‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka
sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al
Baqarah: 34)
Di sini
Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan
arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan
mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah
dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar
wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi
Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas,
daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain
seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.
Dari sini
lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras,
mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan,
diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai
Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan
masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam,
hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan.
Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.
SIFAT SOMBONG
Sifat
sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak
memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku.
Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat
Abu Daud)
Di antara
ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah:“Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada
menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al
Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan
dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat
menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al
Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Sedangkan
sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu
tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya,
Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan
diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi
punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga
melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan
masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW
juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat
sebesar biji sawi dari kesombongan.”(Riwayat Muslim)
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah
untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama
manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong
yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah
tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong?
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan
pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu
datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur,
pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala,
cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu
‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih
rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status
atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih
dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan
mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama
atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka
meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil
perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar
cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah
lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan
tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain
bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras
terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa
timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah
pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap
dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina.
Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf.
Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku
bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi
dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu
tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan
orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah
serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai
pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang
lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan,
berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian
walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang
lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan.
Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada
orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana
membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau
berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain
melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu
orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana
takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan
kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba
mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
Senarai
tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita
dapat mengenali sifat sombong ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil.
Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain
lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru
dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia
atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di
satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa
lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu
menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal
atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae
kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan,
berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang
orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik,
disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan
lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
Golongan
yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang
sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada
golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang
sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab,
seperti yang disebutkan di atas tadi.
KESAN SIFAT SOMBONG
1. Orang
benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang
bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang,
akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan.
Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati
antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri.
Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa
sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah
marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan
pergaduhan.
3.
Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah
berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas
kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah
bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain
sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu.
Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan
berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas
daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan
sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah
sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud,
Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
PANDUAN / KAEDAH KIKISBUANG SIFAT SOMBONG
1. Ada ilmu tentang
sifat-sifat mazmumah.
Adanya
ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri
itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat
batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh
orang lain.
2. Bawa berfikir selalu
tentang kejadian manusia.
Sedarkan
hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah
dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang
itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada
tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada
yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun
mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.
3. Fikirkan dan sedarkan
hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang
hina.
Kalau
diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya.
Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada
orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada
air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar
daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada
air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada
benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada
perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan
diri pada orang lain?
4. Melihat respon orang
lain terhadap kita.
Dalam
pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita
sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat,
kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita
mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa
buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih
lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan
darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh
tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu
pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau
tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa
kita rasa lebih istimewa?
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila
ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba
fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah
kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa
tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah
anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak!
Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal
tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah
pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan
dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan,
pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak
mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan
lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak
ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama,
tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk
apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk
orang yang sombong.
Cubalah
renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah.
Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke
Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu
tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.
Ingatkan
Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api,
di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan
daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru
dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di
waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh
malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah
ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran
busuknya.
Langgan:
Catatan (Atom)