Satu wadah menyelami jiwa, watak dan perasaan, aliran pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi bersama.
Sabtu, 27 Disember 2014
Selasa, 16 Disember 2014
Rabu, 19 November 2014
PERLANTIKAN DATO LEMBAGA SINDA MAHARAJA-SUKU SERI LEMAK
MAJLIS PERLANTIKAN LEMBAGA ADAT, DATO SINDA MAHARAJA
PADA 4 NOV 2014 DI BALAI UNDANG LUAK REMBAU
BAHARIN BIN SHARIF, PERUT TENGAH 2
Rabu, 27 Ogos 2014
KERAPATAN ADAT SUKU SERI LEMAK
Kerapatan adat Suku Seri Lemak bagi memilih Lembaga, Dato Sinda Maharaja telah berlangsung pada Sabtu, 23 Ogos 2014, jam 3.00 petang bertempat di Masjid Lama. Kerapatan membuat keputusan bahawa giliran Dato Sinda Maharaja jatuh pada Perut Tanjung/ Bilal Keling.
SAJAK - AKU TAK MENGERTI
Aku tidak mengerti
mengapa tidak suka
mengapa tidak bersama
mengapa anjing buta warna
mengapa kucing tidak buta.
Tetapi kebanyakan mereka
mengapa orang berprasangka
mengapa orang larikan dia
mengapa berbalah isu bodoh
mengapa ada peperangan.
Apa yang aku mengerti
mengapa pokok timbul
mengapa burung berkicau
mengapa suria menyinar
mengapa perang berlaku.
Sabtu, 26 Julai 2014
Sabtu, 19 Julai 2014
Jumaat, 18 Julai 2014
Khamis, 17 Julai 2014
Rabu, 16 Julai 2014
MB N9 BERSAMA WARTAWAN 16 JULAI 2014
Ahad, 6 Julai 2014
SAJAK - PERJALANAN INI (2)
Perjalanan ini (2)
( untuk anak-anakku tersayang )
anak-anakku
ada tikanya
kita meniti titian yang rapuh
yang di bawahnya ada aliran air yang deras
jangan biarkan kita jatuh sayang
kerana kita tak mahu hanyut
anak-anakku
ada tikanya
kita meniti titian yang goyang
yang di bawahnya ada jurang-jurang yang tajam
jangan biarkan kita tergelincir sayang
kerana kita tak mahu tubuh tertusuk
anak-anakku
kita sedang meniti titian ini
tanpa tahu apa likunya
tanpa tahu apa ranjaunnya
hulurkan tanganmu sayangku
agar kita bisa berpaut
hulurkan jua bahumu
agar kita bisa bersandar
kerana tautan dan sandaran itu
bisa menjadikan kita kuat
anak anakku
dalam meniti titian ini
jangan sesekali kita alpa
kerana kita ada Dia
kpd-Nya kita berserah
kepada-Nya kita menyerah
agar perjalanan ini
terus diredhai
09hb
Januari 2011 pukul 12.04 ptg
idea
yang ntah hapa-hapa
Khamis, 3 Julai 2014
SAJAK RAGU MENANTI
Ragu Menanti
Hatiku jadi ragu dan
keliru
Kini sentiasa berdalih
“ Dia ada jangan
mesej”
Adakah aku sengaja
kau tipu
Ada kah dia tahu kata
laluanmu
Masakan dia boleh baca
mesejku
Adakah dia genggam
hp gagetmu
Masakan jadi miliknya
sepanjang waktu.
Berehatlah diri disuruh
lagi
Adakah kau
mempermainkanku
Adakah kau sengaja
mengerapukan katamu
Adakah satu
lakonan seorang pelakon terbaik
Lebih baik kau bunuh
jasadku sekali
Hingga ku menjadi
ragu menanti.
Aku menunggu menanti
Setiap saat pada setiap
hari
Setiap mesej
berbunyi
Kusangka kau datang
sendiri.
Walaupun seribu kali.
Kini kau biarkan aku
sendiri
Menanti menanti
terus menanti
Membuat air mataku
menitis rindu
26 Mei 2014
12.26 tengah malam.
~~When
I close my eyes, I can see you clearly
and
when I open my eyes I miss you so deeply.~~
Isnin, 16 Jun 2014
FB MENGECEWAKAN
Selasa, 3 Jun 2014, jam 5.15
petang, saya menerima kenyataan dalam FB
mesej box sangat mengecewakan dan meragukan yang berbentuk amaran itu. Kalau
benar dari MTMZ, saya yakin dia berusaha
mencari peluang dan ruang untuk menghubungi saya memaklumkan situasi sebenar
dengan apa cara sekali pun.
Bahkan, kalau benar kenyataan itu, ia bukan salah
saya tetapi kelalaian dia sendiri; sama
ada kelalaian tidak disengajakan
atau dirancang dan disengajakan oleh
dia sendiri dengan meninggalkan HP dan
tidak sign out FB dia. Waullahualam.
Namun hati nurani (innates) saya kuat mengatakan ia dirancang dan
disengajakan. Pertama bahasa dan laras yg digunakan mirip gaya bahasa dia
sendiri. Kedua, ia ada kaitan dengan tujuan alasan2 dia tak msj sebelum ini yang sgt longgar atau helah
dalih semata2 tidak berjaya. Ketiga, saya yakin lebih kepada tekanan
anak yang dicintai sebagai janji emak kepada anaknya. Hinggakan dia sanggup hilang privacy.
Akhirnya, dia sanggup ‘remove’ saya dan segala maklumat berkaitan
saya di remove atau dia delete drpd FB. .............
Ahad, 1 Jun 2014
PERISTIWA DR AZIZAN – SEMINAR HIDUP LUAR BIASA
PERISTIWA DR AZIZAN – SEMINAR HIDUP LUAR BIASA
RABU, 28 MEI 2014
Hari
ini aku mendaftar bersama kawan-kawan Pejabat Penerangan menyertai Program Dr
Azizan, Seminar Hidup Luar Biasa, di
MITC Melaka bermula jam 8.00 malam.
Aku
bertolak dengan kereta Pegawai RELA Daerah menuju Ayer Keroh serta sampai pada
jam 7.15 malam. Kami menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Ayer Keroh.
Selepas itu lantas ke sebuah dewan besar di MITC Melaka.
Program
bermula jam 8.30 malam dengan muzik lagu ‘warm-up’ yang melonjakkan para anak muda
malam itu. Aku tidak mampu, sesuai dan berminat dengan cara tersebut. Aku hanya
berdiri memerhati sahaja.
Pada
pukul 9.00 malam baru Dr Azizan Osman muncul, dengan tip-tip luar biasa dengan
LIMA kata kunci selama 2 jam. Kata kunci tersebut ialah, berkat, memberi, bersungguh, berterima kasih dan bersyukur. Pengisian motivasi tidak ada
yang luar biasa hanya penyampaian yang dapat menarik para remaja.
Persoalan
dalam hati saya, ialah apakah factor yang dapat menarik para peserta pelbagai usia dan golongan kira-kira
3,000 orang malam itu. Program itu tiada jamuan atau minuman ringan sahaja.
Adakah kerana tajuknya? Atau adakah fokusnya kepada kekayaan? Aku fikir semua
mahu menjadi kaya atau jutawan yang menjadi daya penariknya.
Ketika
sesi Afdlin Shauki, menyampaikan pengalamannya bersama Dr Azizan dengan produk
seluar batiknya.
Seorang
ibu, bertanya bagaimana cara dia mendapatkan RM untuk membina satu madrasah
sebagai tanda kesyukuran dan amal jariah untuk anakanda kesayangannya.
Katanya,
seorang anak lelakinya, pelajar UiTM Puncak Alam yang menunggang motorsikal
untuk balik ke kampung telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya
di Lebuhraya Plus.
Walau
pun kehilangan anak kesayangan, Ibu itu menyatakan kesyukurannya kerana berlaku
pada bulan 27 Ramadhan ( bulan puasa, 27 haribulan hari Lailaturkadar, masih
berpuasa ) pada bulan dan tarikh dan waktu yang istimewa, Ibu itu redha dengan
keistimewaan hari Allah swt.
Sebagai
tanda kesyukuran ibu itu terhadap keistimewaan yang diperolehi oleh anaknya
itu, ibu itu ingin membina dan mewakafkan sebuah madrasah untuk anak istimewa
daripada Allah swt itu.
Inilah
isu yang menarik hati saya malam itu. Di mana seorang ibu meluahkan perasaan
dalam keadaan hiba ingin menjadi kaya untuk membina sebuah madrasah sebagai
tanda kesyukuran terhadap Allah swt yang telah mengambil anak kesayangan pada
bulan yang mulia, hari yang berkat, dan masa yang baik. Insya-Allah akan
dimakbulkan oleh Allah swt.
Persoalan
yang ada dalam pemikiran aku. Aku tidak mampu untuk membina madrasah. Oleh itu selama ini, aku hanya berjariah
dengan tenaga dan ilmu yang aku miliki. Aku bersedia membantu anak-anak dan
mereka memerlukan bantuan ilmu yang aku mampu. Dan aku sentiasa melibatkan
dengan kegiatan amal dan kebajikan kepada golongan asnaf, ,melalui persatuan
yang ditubuhkan bersama kawan-kawan, PERSATUAN AMAL DAN KEBAIKAN ANAK-ANAK
REMBAU atau ringkasnya PAKAR.
PERISTIWA HARI INI - ULANGTAHUN KELAHIRAN
PERISTIWA HARI INI
AHAD, 1 JUN 2014
Hari
ini hari ulangtahun kelahiranku. Sejak awal hati kecilku berharap hari ini
menjadi hari bahagia dan ceria kembali dalam diriku. Aku bercadang bertemu
dengan Z di UPM, di hadapan FBK, pada jam antara 2-3 petang, kerana pada awalnya
jangkaanku Z telah habis peperiksaannya. Kehadiran Z mungkin aku mampu melupakan
M- - - sebagaimana saranan Z.
Sebaliknya,
ketika membaca akhbar di pinggir jalan taman seperti biasa; aku terima msj
daripada Z berbunyi, ‘ saya dah habis exam, nak balik Perak’ pada jam
9.48 pagi, sungguh hancur harapanku dan tanpa sedar menitis air mataku. Aku
tidak mampu menjawab mesej itu dan tidak tahu apa hendak aku katakan ketika itu.
Namun
aku berazam tetap kotakan kata-kata aku. Aku raikan sendiri dalam keseorangan
di lokasi yang aku harapkan. Aku tidak rela dikata pembohong oleh manusia dan
tergolong sebagai munafik oleh-Nya walau sekecil mana sekali pun.
Aku
sedar Z sejak awal tidak akan kotakan katanya. Paling hampir, Z kata akan
beritahu jadual examnya pada hari Jumaat. Aku menunggu bagai buah tak gugur
setiap masa kerana tiada maklumat diberikannya. Jika, Z menepati atau kotakan
katanya itu dan memberi alasan keadaan
dirinya aku boleh terima dan aku tarik balik kata-kataku untuk ke UPM hari ini.Tetapi
mengapa Z tidak mengkotakan kata-katanya memberi maklumat jadual exam sebagaimana yang dijanjikan.
Aku
sedar Z sengaja pelbagai dalih diberikan. Tidak sama nadanya pada awal pertemuan maya. Dan aku nyatakan rasa resah dan gelisah aku.
Namun,
oleh kerana aku sedar Z akan menduduki peperiksaan, maka aku sengaja tidak bertanya
dan mengulangi harapan hati kecilku, tetapi memberi galakan dan kekuatan diri fizikal dan mental
untuk menghadapi peperiksaan sahaja.
Aku
tetap nak tunaikan kata-kataku. Jam 1.30 tgh meninggalkan rumah menuju UPM,
setelah menyediakan nasi dan air minuman emak di atas meja. Malangnya,
terkandas oleh kenderaan yang banyak di Lebuhraya Plus…aku tak mampu teruskan
memandu kerana tidak sehat dan sakit kepala dan jam sudah pukul 2.30 petang. Aku
pusing dan balik ke rumah.
Di
rumah, aku tanya mak,” Mak dah makan?” kerana aku lihat nasi masih di atas
meja.
“
Mana lauknya nak makan,” hendik Mak kuat. Aku tergamam. Baru aku perasan tidak
ada lauk gulai di atas meja. Hanya sayur dan ikan goreng. Aku bertambah sedih dan masuk ke bilik menitiskan
air mata.
Jam 2.58
“ Selamat hari jadi, semoga dilindungi Allah
selalu,” aku terima dari Z.
Lantas
aku megucapkan terima kasih dan meluahkan perasaan sedih aku kepada Z. Aku
tidak tahan menanggungnya.
“ Abg sabar ye. Org tua memang macam tu, saya
dah sampai Perak”. Kemudian aku menyatakan aku demam dan sakit kepala
kepada Z dengan harapan mendapat belas kasihan dan kata-kata yang menguatkan
semangat aku terus hidup. Baharulah aku berani menyatakan kepada Z demi menjadi
hati dan perasaan Z ketika menghadapi peperiksaannya.
“ Ok, rehat la” jawab Z ringkas.
Aku
hairan ke mana hilangnya perkataan sayang,
I love you I miss you yang sering diucapkan sebelum ini. Aku yakin akan
kekal dan mengharapkannya daripada Z kerana aku sangat percaya dengan ungkapan
kata-kata itu daripada Z sebelum ini. Ia membuat aku rasa sedih, resah dan
gelisah.
Titisan
air mata pada hari ulangtahun kelahiran ini adalah kali kedua. Pertama, pada
tahun 2005 lalu, aku menitis air mata di hadapan kelas ketika mengajar
KPLI/LPBS yang kebetulan guru-guru pelatih meraikan hari kelahiranku dengan
potong kek di hadapan kelas. Aku diraikan pada saat aku menerima mesej yang
menikam jiwaku. Mereka kehairanan menyebabkan
mendorong aku bercerita terus
terang ( pada Z akan aku ceritakan nanti)
Aku
mohon maaf kepada-Nya kerana tidak mengkotakan kata-kataku sendiri. Jika
kata-kataku telah tertunai dan pasti tiada dakwaan-Nya di akhirat di Yaumalmahsar kelak. Biarlah aku meraikan sendirian dengan
air mata; asalkan diri ku tidak berbohong kepada diriku sendiri. Aku kesal
kerana tidak mampu mengkotakan kata-kataku. Dan kesal bercampur resah gelisah
mengapa insan yang aku sayang dan harapkan akan menggembirakan aku pada hari
ini; begitu mudah tidak mengkotakan
kata-katanya kepadaku.
Sabtu, 31 Mei 2014
UCAPAN HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN
1 JUN 2014 , hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran ke...... banyak sejarah yang saya lalui pada tarikh ini dan saya berharap sejarah yang sama tidak berulang. Kekhuatiran sejarah berulang, Saya tidur seawal 9 mlm sebab tidak sehat dan sakit kepala yang amat sangat kerana bermacam-macam mencengkam fikiran saya.
Saya bangun tidur jam 5 pagi. dan saya tengok HP ada satu mesej mengucapakan selamat hari jadi pada jam 12.57 tgh malam daripada Eza Esma., bekas MPPM dan OUM yang saya kenal rapat. TG Very much. Apabila saya buka Fb saya pula dalam mesej inbox ada satu ucapana hari lahir daripada Aslida Md Latha bekas MPPM yang kurang rapat tapi sekurangnya menginagti saya. Saya ucpakan Terima kasih kepada cikgu atas ingatan itu.
Khamis, 29 Mei 2014
TRAGEDI BERULANG KEMBALI
Hari ini, Jumaat, 30 Mei 2014, saya bangun 4.35 pagi, lantas buka FB saya dengan harapan mendapat sesuatu yang menggembirakan. Walaupun ungkapan akhir saya, " Biarlah sy membawa diri" namun saya berharap Z tidak melepaskan saya pergi.
Sebalik, apa yang saya terima, tiada kata yang saya harapkan dan lebih mengecewakan saya diremove daripada wall Z.. Sungguh hancur hati saya subuh ini, perkara yang sama berulang dengan KEJADIAN aau PERISTIWA yang hampir sama berlaku.
Hati saya menangis dan kecewa dan tanpa sedar air mata saya mengalir dari kelopak mata saya. Saya menangis begini 3 tahun lalu. Hari ini saya menangis lagi. Saya sedih mengapa berulang lagi...sedangkan hati saya kian ceria sebulan sudah. Walau hati saya resah dan gelisah ketika itu memikirkan perkara berulang. Kini keresahan dan kegelisahan saya menjadi kenyataan.
Z, mengapa sampai begitu tindakanmu..REMOVE saya .seolah membunuh jiwa raga dan jasad saya. Di mana kata-katamu sepanjang masa sebelum ini, yang meyakinkan saya dan menghormatimu. Namun, dalam masa singkat ini, Z telah mengenali saya, bukan jahat tapi nakal sebagaimana yang saya selalu uar-uarkan, akan tetap pegang kata-kata saya sampai bila-bila, dan pegang kata-kata Z samapai bila-bila; sebagaimana pegangan saya terhadap kata-kata dia.
Saya tetap ingat dan _ _ _ _ _ _ Z. Percayalah apa yang saya kata itu, datangnya dari hati saya yang ikhlas dan jujur; saya tidak pernah ada kepura-puraan dalam hidup saya. Saya telus dan terus terang. Saya silap kerana terlalu cepat percaya kepada Z hingga saya akan menangggungnya. Saya benar yakin wkpun dalam resah dan gelisah tragedi ini tidak berulang lagi, namun kenyataannya TRAGEDI berulang kembali.
Namun, saya berharap Z akan pegang dan tunaikan kata-katanya yang mungkin satu permata kegembiraan dan keceriaan hidup saya.
Di sini saya mohon ampun dan maaf daripada kesilapan saya itu, bukan disengajakan tetapi didorong oleh keresahan dan kegelisahan.
Sebalik, apa yang saya terima, tiada kata yang saya harapkan dan lebih mengecewakan saya diremove daripada wall Z.. Sungguh hancur hati saya subuh ini, perkara yang sama berulang dengan KEJADIAN aau PERISTIWA yang hampir sama berlaku.
Hati saya menangis dan kecewa dan tanpa sedar air mata saya mengalir dari kelopak mata saya. Saya menangis begini 3 tahun lalu. Hari ini saya menangis lagi. Saya sedih mengapa berulang lagi...sedangkan hati saya kian ceria sebulan sudah. Walau hati saya resah dan gelisah ketika itu memikirkan perkara berulang. Kini keresahan dan kegelisahan saya menjadi kenyataan.
Z, mengapa sampai begitu tindakanmu..REMOVE saya .seolah membunuh jiwa raga dan jasad saya. Di mana kata-katamu sepanjang masa sebelum ini, yang meyakinkan saya dan menghormatimu. Namun, dalam masa singkat ini, Z telah mengenali saya, bukan jahat tapi nakal sebagaimana yang saya selalu uar-uarkan, akan tetap pegang kata-kata saya sampai bila-bila, dan pegang kata-kata Z samapai bila-bila; sebagaimana pegangan saya terhadap kata-kata dia.
Saya tetap ingat dan _ _ _ _ _ _ Z. Percayalah apa yang saya kata itu, datangnya dari hati saya yang ikhlas dan jujur; saya tidak pernah ada kepura-puraan dalam hidup saya. Saya telus dan terus terang. Saya silap kerana terlalu cepat percaya kepada Z hingga saya akan menangggungnya. Saya benar yakin wkpun dalam resah dan gelisah tragedi ini tidak berulang lagi, namun kenyataannya TRAGEDI berulang kembali.
Namun, saya berharap Z akan pegang dan tunaikan kata-katanya yang mungkin satu permata kegembiraan dan keceriaan hidup saya.
Di sini saya mohon ampun dan maaf daripada kesilapan saya itu, bukan disengajakan tetapi didorong oleh keresahan dan kegelisahan.
Ahad, 25 Mei 2014
SAJAK - AKU DAN DIA
Aku dan Dia
Indahmu tersurat dalam
puisiku...
Goresan tinta emas siratkan janji
Namamu dalam benakku
Hatimu dalam jiwaku
Sepuluh alasan mencintamu
Namun di mana harus aku mencari mu
Hati ini…ingin menangis kuredam sejenak
Sepuluh alasan mencintamu
Namun di mana harus aku mencari mu
Hati ini…ingin menangis kuredam sejenak
kerana ku tak ingin larut, dalam bahagia.
Hujab, jangan buat aku semakin sedih
Jika Dia menghendaki dua hati untuk dipertemukan
maka Dia tidak hanya akan menggerakkan
hati salah satu dari keduanya tetapi kedua-duanya.
Hujab, jangan buat aku semakin sedih
Jika Dia menghendaki dua hati untuk dipertemukan
maka Dia tidak hanya akan menggerakkan
hati salah satu dari keduanya tetapi kedua-duanya.
Namun mampukah aku melangkahkan kakiku
Kerana renunganmu
Mampukah aku aku berpasangan denganmu
Kerana kekayaanmu
Mampukah aku berdiri tegak saat kau menghampiriku
Kerana keindahan dirimu
Mampukah aku bersua saat kau memandangku
Walau apapun kau tetap di hatiku.
Dia pernah ENGKAU titipkan padaku
Dia pernah ENGKAU izinkan bersamaku
ENGKAU pernah izinkan aku melihatnya
ENGKAU pernah izinkan aku merasakan sesuatu
dan ENGKAU mengizinkan aku memimpikan sesuatu
sesuatu yang kumiliki dan ENGKAU MINTA
sesuatu yang ku mahu dan ENGKAU TAK IzinKAN ku
menggenggamnya...
akhirnya
aku sedar semua berawal dari MU dan kembali kepada-MU
Aku sentiasa berharap kau selalu menantiku
Aku tak ingin kau selalu bersedih memikirkanku
Aku tak ingin cinta ini pahit bagai hempedu
Namun kuakui...aku juga tak kuasa melupakanmu
Kini telah dapat kubayangkan akan dirimu
Kini telah dapat kuimpikan berdua hanya bersamamu.
Namun mengapa hingga kini kau belum dapat kurasakan nyata
didepanku...?
26 Mei 2014
12.55 tengah malam.
SAJAK - RINDU MENANTI
Ragu Menanti
Hatiku jadi ragu dan keliru
Kini sentiasa berdalih
“ Dia ada jangan mesej”
Adakah aku sengaja kau tipu
Ada kah dia tahu kata laluanmu
Masakan dia boleh baca mesejku
Adakah dia genggam hp gagetmu
Masakan jadi miliknya sepanjang waktu.
Berehatlah diri disuruh lagi
Adakah kau mempermainkanku
Adakah kau sengaja mengerapukan
katamu
Adakah satu lakonan seorang
pelakon terbaik
Lebih baik kau bunuh jasadku sekali
Hingga ku menjadi ragu menanti.
Aku menunggu menanti
Setiap saat pada setiap hari
Setiap mesej berbunyi
Kusangka kau datang sendiri.
Walaupun seribu kali.
Kini kau biarkan aku sendiri
Menanti menanti terus menanti
Membuat air mataku menitis rindu
26 Mei 2014
12.26 tengah malam.
SAJAK - RINDU MENANTI
Ragu Menanti
Hatiku jadi ragu dan keliru
Kini sentiasa berdalih
“ Dia ada jangan mesej”
Adakah aku sengaja kau tipu
Ada kah dia tahu kata laluanmu
Masakan dia boleh baca mesejku
Adakah dia genggam hp gagetmu
Masakan jadi miliknya sepanjang waktu.
Berehatlah diri disuruh lagi
Adakah kau mempermainkanku
Adakah kau sengaja mengerapukan
katamu
Adakah satu lakonan seorang
pelakon terbaik
Lebih baik kau bunuh jasadku sekali
Hingga ku menjadi ragu menanti.
Aku menunggu menanti
Setiap saat pada setiap hari
Setiap mesej berbunyi
Kusangka kau datang sendiri.
Walaupun seribu kali.
Kini kau biarkan aku sendiri
Menanti menanti terus menanti
Membuat air mataku menitis rindu
26 Mei 2014
12.26 tengah malam.
Khamis, 22 Mei 2014
SAJAK - MERINDU
Merindu
Yang aku tahu
Aku merindui mu
Aku resah tanpa mu
Merindu dan merindu
Aku merindui mu
Aku resah tanpa mu
Merindu dan merindu
Bila kau jauh dari sini
Kau sentiasa di hati .
Biar pun tidak bertemu
Diri mu terasa dalam pelukan ku
Wangian cinta mu menemani diri ku
Nafas mu bersentuhan nafas ku.
Tapi aku tidak tahu
Mana aku tahu di hati mu
Kau sentiasa di hati .
Biar pun tidak bertemu
Diri mu terasa dalam pelukan ku
Wangian cinta mu menemani diri ku
Nafas mu bersentuhan nafas ku.
Tapi aku tidak tahu
Mana aku tahu di hati mu
Mahu kah kau bukti kebenaran
rindu mu
Apakah yang perlu aku laku
Katakanlah pada ku .
Apakah yang perlu aku laku
Katakanlah pada ku .
Aku juga akan buktikan rindu ku .
Bagaimana untuk bertemu
Biar dua hati tahu
Bagaimana untuk bertemu
Biar dua hati tahu
Kasih dan sayang di hatiku
Kasih dan sayang di hati mu
Kasih dan sayang di hati mu
Manis sungguh kasih dan sayang
Bagai tersentuh madu pada lidah ku
Lalu aku terus merindu
Wajah mu terbayang selalu
Bersatu dalam dakapan cinta syahdu .
Bagai tersentuh madu pada lidah ku
Lalu aku terus merindu
Wajah mu terbayang selalu
Bersatu dalam dakapan cinta syahdu .
Malangnya aku bukan raja memiliki
sebuah negeri
Aku hanya ada sebuah cinta yang suci
Insan yang memuja mu setiap hari
Aku hanya ada sebuah cinta yang suci
Insan yang memuja mu setiap hari
Disini
ku ungkapkan janji
Aku mencintai mu sepanjang hayat diri
Moga engkau lebih memahami
Dan tersenyum biar pun hanya pada sebuah mimpi
Kita akan bersanding di sebuah pelamin misteri.
Aku mencintai mu sepanjang hayat diri
Moga engkau lebih memahami
Dan tersenyum biar pun hanya pada sebuah mimpi
Kita akan bersanding di sebuah pelamin misteri.
22 Mei 2014
Rabu, 21 Mei 2014
SAJAK - MALAM INI HATIKU TIDAK LENA
Malam ini Hatiku tidak lena
Malam ini
Hatiku tidak lena
Bila dilamar berita dia ada
Keresahan mula memeluk
Tubuhku jadi seram sejuk.
Malam ini
Hatiku tidak lena
Bila dipeluk keresahan
Peluh sejuk bercucuran
Memenjara kekecewaan.
Malam ini
Hatiku tidak lena
Bila didakap rasa rindu
Sayu pilu selimut syahdu.
Mengalir air mata rindu.
Malam ini
Hatiku tidak lena
Mengharap tiada apa-apa
Kerana ia menghampakan
Hati yang mengharapkan
Kasih sayang yang bertenaga.
Malam ini
Hatiku tidak lena
Menanti jalinan jiwa raga
Cinta kuberi kasih kuharap
Oh, sayang jangan tinggalkan
Buat hati dan perasaanku lagi.
21 Mei 2014
11.14 malam.
KELUARGAKU - SHUKRI
Isnin, 19 Mei 2014
Ahad, 18 Mei 2014
KELUARGAKU - IBU ANAK-ANAK KU
KELUARGAKU AYAHANDA
AYAHANDA : HJ ABD GHANI BIN SADIN
1970-an - Ayahanda bersama menantu dan cucu.
1970-an - Ayahanda dengan gaya pakaiannya
di Kukup, Pontian, Johor. Ketika perkahwinan Sajot Dari
dengan Aminah Dahalan.
Langgan:
Catatan (Atom)