Ahad, 25 Mei 2014

SAJAK - AKU DAN DIA

Aku dan Dia

Indahmu  tersurat dalam puisiku...
Goresan tinta emas siratkan janji
Namamu dalam benakku
Hatimu dalam jiwaku

Sepuluh alasan mencintamu
Namun di mana harus aku mencari mu
Hati ini…ingin menangis kuredam sejenak
kerana ku tak ingin larut, dalam bahagia.

Hujab, jangan buat aku semakin sedih
Jika Dia menghendaki dua hati untuk dipertemukan
maka Dia tidak hanya akan menggerakkan
hati salah satu dari keduanya tetapi kedua-duanya.

Namun mampukah aku melangkahkan kakiku
Kerana renunganmu
Mampukah aku aku berpasangan denganmu
Kerana  kekayaanmu
Mampukah aku berdiri tegak saat kau menghampiriku
Kerana keindahan dirimu
Mampukah aku bersua saat kau memandangku
Walau apapun kau tetap di hatiku.

Dia pernah ENGKAU titipkan padaku
Dia pernah ENGKAU izinkan bersamaku
ENGKAU pernah izinkan aku melihatnya
ENGKAU pernah izinkan aku merasakan sesuatu
dan ENGKAU mengizinkan aku memimpikan sesuatu
sesuatu yang kumiliki dan ENGKAU MINTA
sesuatu yang ku mahu dan ENGKAU TAK IzinKAN ku menggenggamnya...

akhirnya
aku sedar semua berawal dari MU dan kembali kepada-MU
Aku sentiasa  berharap kau selalu menantiku
Aku tak ingin kau selalu bersedih memikirkanku
Aku tak ingin cinta ini pahit bagai hempedu
Namun kuakui...aku juga tak kuasa melupakanmu

Kini telah dapat kubayangkan akan dirimu
Kini telah dapat kuimpikan berdua hanya bersamamu.
Namun mengapa hingga kini kau belum dapat kurasakan nyata didepanku...?

26 Mei 2014
12.55 tengah malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan