Rabu, 21 Mei 2014

SAJAK - MALAM INI HATIKU TIDAK LENA



Malam ini  Hatiku tidak lena

Malam ini
Hatiku tidak lena
Bila dilamar berita dia ada
Keresahan mula memeluk
Tubuhku jadi  seram sejuk.

Malam ini
Hatiku tidak lena
Bila dipeluk keresahan
Peluh sejuk bercucuran
Memenjara kekecewaan.

Malam ini
Hatiku tidak lena
Bila didakap rasa rindu
Sayu pilu selimut syahdu.
Mengalir air mata rindu.

Malam ini
Hatiku tidak lena
Mengharap tiada apa-apa
Kerana ia menghampakan
Hati yang mengharapkan
Kasih sayang yang bertenaga.

Malam ini
Hatiku tidak lena
Menanti jalinan jiwa raga
Cinta kuberi kasih kuharap
Oh, sayang jangan tinggalkan
Buat hati dan perasaanku lagi.

21 Mei 2014
11.14 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan