Khamis, 29 Mei 2014

TRAGEDI BERULANG KEMBALI

Hari ini, Jumaat, 30 Mei 2014, saya bangun 4.35 pagi, lantas buka FB saya dengan harapan mendapat sesuatu yang menggembirakan. Walaupun ungkapan akhir saya, " Biarlah sy membawa diri" namun saya berharap Z tidak melepaskan saya pergi.
Sebalik, apa yang saya terima, tiada kata yang saya harapkan dan lebih mengecewakan saya diremove daripada wall Z.. Sungguh hancur hati saya subuh ini, perkara yang sama berulang dengan KEJADIAN aau PERISTIWA  yang hampir sama berlaku.
Hati saya menangis dan kecewa dan tanpa sedar air mata saya mengalir dari kelopak mata saya. Saya menangis begini 3 tahun lalu. Hari ini saya menangis lagi. Saya sedih mengapa berulang lagi...sedangkan hati saya kian ceria sebulan sudah. Walau hati saya resah dan gelisah ketika itu memikirkan perkara berulang. Kini keresahan dan kegelisahan saya menjadi kenyataan.
Z, mengapa sampai begitu tindakanmu..REMOVE saya .seolah membunuh jiwa raga dan jasad saya. Di mana kata-katamu sepanjang masa sebelum ini, yang meyakinkan saya dan menghormatimu. Namun, dalam masa singkat ini, Z telah mengenali saya, bukan jahat tapi nakal sebagaimana yang saya selalu uar-uarkan, akan tetap pegang kata-kata saya sampai bila-bila, dan pegang kata-kata Z samapai bila-bila; sebagaimana pegangan saya terhadap kata-kata dia.
Saya tetap ingat dan  _ _ _ _ _ _ Z. Percayalah apa yang saya kata itu, datangnya dari hati saya yang ikhlas dan jujur; saya tidak pernah ada kepura-puraan dalam hidup saya. Saya telus dan terus terang. Saya silap kerana terlalu cepat percaya kepada Z hingga saya akan menangggungnya. Saya benar yakin wkpun dalam resah dan gelisah tragedi ini tidak berulang lagi, namun kenyataannya  TRAGEDI berulang kembali.
Namun, saya berharap Z akan pegang dan tunaikan kata-katanya yang mungkin satu permata kegembiraan dan keceriaan hidup saya.
Di sini saya mohon ampun dan maaf daripada kesilapan saya itu, bukan disengajakan tetapi didorong oleh keresahan dan kegelisahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan