Dialog 1
Yatimah dan Tengku Khirlina menjadi rakan FB setahun lepas. Keduanya, guru lulusan dari instutusi perguruan yang sama tetapi tidak kenalpasti antara satu sama lain. Namun, akrab dan sering berhubung melalui maya. Suatu hari Yatimah berkomunikasi maya dengan Tengku Khirlina.
Yatimah
Assalamualaikum, Tengku apa khabar?.
Tengku Khirlina
Salam, sihat¬¬ Yati apa khabar? Ada isu baharu?¬¬.
AYatimah
Kat mana ni? Ada class ke?
Tengku Khirlina
Office lah. Mana lagi. Sekarang free.
Yatimah
Good ... Sana hujan ke?
Tengku Khirlina
Ngape? Tak hujan, panas ni¬¬.
Yatimah
Samalah Tengku. Hang free ke next two weeks? Khamis.
Tengku Khirlina
Berapa haribulan?¬¬ Pagi ke?¬¬..
Yatimah
19 September.
Tengku Khirlina
Pagi ?¬¬.
Yatimah
Lunch, some around 10-11
Tengku Khirlina
Oh ... petang ada class, nanti rushing tak sempat. La¬¬ni dah berbulan-bulan lunch tapaw bawa kat office je¬¬.
Yatimah
So, bila yang free? Pagi?.
Tengku Khirlina
Minggu depan ke?¬¬.
Yatimah
Following week.
Tengku Khirlina
Kalau pagi between 9-10, ok lah tapi hari Isnin kot. Ngape ? macam urgent je¬¬.
Yatimah
Taklah ... Taklah urgent cuma nak sampaikan hajat orang nak jumpa awak je boleh ke tak?.
Tengku Khirlina
La ... siapa pulak yang berhajat sangat tu?¬¬.
Yatimah
Pak MGR lah.
Tengku Khirlina
Issshhh ... bila dia beritahu awak ?
Yatimah
Ada lah ... beberapa jam lepas.
Tengku Khirlina
Apa hal pulak ni?¬¬ Cuba cerita panjang atau pendek¬
Yatimah
Tak adalah apa ... Tak tahu nak cakap ... dia cuma nak jumpa dan kenal Tengku, itu je. Kut ... kut kali terakhir, sebelum dia pejam mata.
Tengku Khirlina
Hahahahahahaa ...¬¬ ehhh ... serious ni sampai nak pejam mata.
Yatimah
Dia nak tuntut hang belanja makan kut.
Tengku Khirlina
Nak mata saya ke?¬¬.
Yatimah
Entah le ... lupa pulak tanya.
Tengku Khirlina
Tak tau lah bila free, sebab kalau nak jumpa jauh-jauh nanti saya tak sempat nak kejar ke office balik¬¬.
Yatimah
Alah ... apa yang jauhnya ... kita mai jumpa kat area office awak lah. Tak lah terkejar-kejar awak nanti.
Tengku Khirlina
Hah... kat office kita ? Awak tak pergi sekolah ke?
Yatimah
Boleh ambik cuti ... ada extra cuti. Demi kawan.
Tengku Khirlina
Uuuuiiihhh ... sampai ambil cuti ... dah awak je la jumpa dia¬¬.
Yatimah
Macam mana, pas tak? Tengok tu, dia nak jumpa awak lah Tengku.
Tengku Khirlina
Tak boleh janji lagi. Nanti apa-apa, saya beritahu, sehari atau dua hari sebelum.
Yatimah
Bukan saya !
Tengku Khirlina
Kan ramai lagi ex- MPPM¬¬.
Yatimah menghubungi Tengku Khirlina untuk menyampaikan hajat seseorang bergelar MGR. Tetapi Tengku Khirlina tidak memberi jawapan yang pasti.
Dialog Yatimah-Tengku Khirlina.
Dialog 2
Yatimah bagai putus asa kerana sukarnya mendapat persetujuan yang pasti hingga mencadangkan Tengku Khirlina berkomunikasi maya terus dengan MGR.
Yatimah
If tak boleh, cakap saja. Hang kan selalu respon kat dia.
Tengku Khirlina
Bukan tak boleh, nanti kalau kata boleh, tiba-tiba ada aral, kempunan pulak. Respon apa pulak ni?
Yatimah
Itu, tak tahu lah pulak.
Tengku Khirlina
Siapa kata? Dia kata ke?¬¬..
Yatimah
Tapi boleh tunggu, kan?
Tengku Khirlina
Tunggu apa ?
Yatimah
Kat wall ... kat pic ...
Tengku Khirlina
Tak faham lah¬¬.
Yatimah
Kita tunggu awak lah...if busy that day.
Tengku Khirlina
Apa yang kat wall, dan kat pic... tu?¬¬..
Yatimah
Haiya...lu ni. ( loghat Cina)
Tengku Khirlina
Hahahaha ... ape pulak, dah saya tak faham, beritahu lah.
Yatimah
Selama ni kan kau respon kat pic MGR... pic maktab and so on ... aku dia dah jumpa...dia nak jumpa hang pulak. Dia selalu tak sihat now. Kasihan dia.
Tengku Khirlina
Ohhh....respon tu ... orang lain pun respon jugak. ¬¬Aiiii ... kalau dia dah tak sihat, kita melawat dia kat wad hospital lah, boleh bawa banyak makanan. Atau kita pergi rumah dia je?¬¬ Awak tahu kah kat mana rumah dia?¬¬..
Yatimah
Kat Rembau ... dekat dengan Pejabat Daerah. Tak pernah pergi. Dia beritahu.
Tengku Khirlina
Jauh tu ... saya memang tak tahu.
Yatimah
Yelah ... tengok je map.
Tengku Khirlina
Itu kena round satu hari. Mahu sampai malam mengagau¬¬.
Yatimah
Alah ... dekat je,Rompin, hang boleh sampai walau jauh, Rembau dokek yo.
Tengku Khirlina
Nak lalu mana?
Yatimah
Highway lah kak ... Soromben!
Tengku Khirlina
Ya lah ... nak keluar tol mana? ¬¬Saya bawa terus je ...mahu sampai JB¬¬ hahahahaha¬¬..
Yatimah
Rembau lah kut ... aku tak tau pulak bab tu ... pernah corner sana.
Tengku Khirlina
Nak ajak kita, dia pun sesat¬¬.
Yatimah
Haiya ... tengok map lah ... kereta hang sure dah ada GPS beri je arahan tak kan lah sosek. Atau call dia ... suruh tunggu kat pintu gerbang mana-mana lah.
Tengku Khirlina
Nanti lah tengok dulu ehh ... saya check appointment saya yang lain-lain. Kalau tak clash¬¬.
Yatimah
he... he... heh, Alah tinggi pulak gelak aku. Sorry.
Tengku Khirlina
Gelak ngape pulak?¬¬.
Yatimah
Gelak untuk atas tadi. Tinggi pulak tu.
Tengku Khirlina
Oooo ... ¬¬ni nak jumpa dia nak kasi surprise ke ?¬¬.
Yatimah
Agaknya lah. Tak tahu teman!
Tengku Khirlina
Ada nak beri saya present ke?¬¬..
Yatimah
Mana ku tahu ... nak kena bawa lah ye? Nanti aku hint-hint kat MGR ... bawa bakul buah untuk Tengku.
Hati Tengku Khirlina kian lembut tapi belum mengalah kerana khuatir dengan temu janji atau situasi lain yang di luar jangkaannya.
Dialog 3
Walaupun Tengku Khirlina setuju dengan lamaran Yatimah tetapi dia belum
memberi kata putus. Yatimah terus menagih kepastian.
Tengku Khirlina
Saya tak janji apa-apa lagi. Nanti dia terharap-harap pulak, jangan beritahu apa-apa kat dia¬¬.
Yatimah
Ok ... tapi kira bolehlah, kan?
Tengku Khirlina
Boleh atau tak boleh, tak tahu lagi lah.
Tengku Khirlina
Apa-apa saya beritahu.
Tengku Khirlina
Sebenarnya ada ape ni?¬¬.
Yatimah
Tak ada apa ... dia nak cari calon lah.
Tengku Khirlina
Nak bertanding ke?¬¬ Pilihanraya lambat lagi¬¬.
Yatimah
Hahah ... lebih kurang macam tu le gamaknya.
Tengku Khirlina
Party apa ni ? Saya Party Tupperware ke, atau Pyrex ke boleh la¬¬h. Yati saya nak log out lah ... awak ada kerja kan ... lama sangat tunggu awak reply¬¬.
Yatimah
Sorry lah ... bye... See you,later.
Tengku Khirlina
Ok , bye¬¬.
Yatimah
Fikir-fikirkan, ya. Beri can lah kat MGR tu jumpa, nak tengok hang dari dekat.
Tengku Khirlina
Kalau saya tak ada, awak cari kan yang lain ya¬¬ !
Yatimah
Tak yah le ... dia tak mahu.
Tengku Khirlina
Boleh pulak mahu, tak mahu, macam paksa je¬¬.
Yatimah
Tak lah ... tak paksa. Aku cuma mahu tolong ... wa bukan along!.
Tengku Khirlina
Dan wa juga bukan untuk di lelong¬¬. Kah... kah.. (ketawa)
Yatimah
Kah... kah ... (ketawa sama ) So, ok lah ... 0-0 ye!.
Tengku Khirlina
Ok, tak boleh marah ... nanti kena jual ... macam Ahmad Nisfu¬¬.
Yatimah
Tahu, tak pe ...
Tengku Khirlina
Macam cerita Madu Tiga pulak, nak meeting-meeting. MGR jangan terjun sungai dah lah.
Yatimah
Yelah ...
Tengku Khirlina
Ehhh ... awak nak jadi madu ?.
Yatimah
Dah beli semalam ... madu lebah ke? Nak jadi madu awak ke? Kah... kah ( ketawa ) Boleh gak ye ... kalau diizinkn Allah ... kuang ... kuang.
Tengku Khirlina
Saya tak nak jadi madu, nak jadi lebah. Nak tanya lagi, kan ke MGR dah ada anak bini¬¬?
Yatimah
Tak tahu lah. Anak dia kata mak dia pisah dengan MGR. Tak tahu lah now ... ada ke tak. Tapi dia mengaku now kosong ... entah le Tengku.
Tengku Khirlina
Dah ni nak cari nombor berapa pulak?
Yatimah
Dia suruh carikan calon ... nak orang KL pulak tu.
Tengku Khirlina
Kosong ....? Apa yang kosong ? Otak, kocek, rumah, dapur, ape ke ?¬¬..
Yatimah
Apa-apa je ... status ... kwin tapi bujang ... available.
Tengku Khirlina
Dah bujang pulak dah ?¬¬.
Yatimah
Gitu le dia mengakunya ! Aku tak tahulah betul ke borak je.
Tengku Khirlina
Kena siasat ni ... nanti kita sama-sama sesat¬¬.
Yatimah
Tak pe ... aku dah kenal anak dia ... hope beno le apa yang anak dia cakap.
Tengku Khirlina
Siapa anak dia?
Yatimah
Hai ... aku tak cakap dengan hang ke kelmarin? Anak dia girl ... study kat Ipoh, UITM. Dia rindu kat daddy dia ... dah lama tak jumpa-jumpa.
Tengku Khirlina
Ada ... lupa, hihihi ... nak delete tadi, tak sempat¬¬.
Yatimah
He separated dengan wife dia long time ago ... tak tahu berapa lama.
Tengku Khirlina
So, kita nak buat apa?
Yatimah
Tak ada apa ... dia cuma tanya khabar daddy dia ... aku beri lah nombor hp ... suruh dia contact sendiri ... itu yang naik pening MGR ... aku cakap lagu tu... bukan apa ... dah anak dia tanya aku siapa ... kita cakap beno le ! Hope she can meet her daddy soon or later.
Tengku Khirlina
Oohh ... awak tanya MGR ... direct ke?¬¬.
Yatimah
Yes ... mula-mula ayat bunga-bunga ... penat pulak aku cari idea ... sudahnya, aku direct je ... senang dia faham. Aku kata, salam tangan daddy dia dan pimpin tangan daddy dia!
Tengku Khirlina
Ngapa dia tak jumpa je anak dia? Atau saya jadi anak dia saja, kalau saya dia nak jumpa pulak¬¬.
Yatimah
Entah lah Tengku ... tak tahu lah cerita sebalik cerita ... lepas aku cakap direct dengan MGR ... pening pulak kepala dia esoknya! Yelah mungkin recall memory lama.
Tengku Khirlina
Kasihan dia ... you?
Yatimah
Ya lah ... if kau tengok kat friend list ... tengok lah Aisyah Mohamad ... tangan berpimpinan, kesian jugak ... tapi suruh cerita, dia suruh tunggu 2020 ... hidup ke tak lagi.
Tengku Khirlina
Oh, gitu¬¬, kalau kita pimpin dengan dia macam tu boleh tak?
Yatimah
Boleh je ... hang kena lah batal wuduk dulu ... or pakai glove kah. Boleh juga Tengku, tak salah.
Tengku Khirlina
Hahahahaha ... elak kan lah.
Yatimah
Ya lah, tu ... dah dia tanya aku jawab lah. Betullah hang ni. Ok lah, nak stop dulu ... lepas maghrib ada meeting AJK PIBG. Aku kena siapkan jamuan.
Tengku Khirlina
Memang lah betul.
Yatimah
Ni nak goreng mi dan buat teh. Ok lah, ya. See you later wassalam.
Tengku Khirlina
Ok ... bye.
Apakah jawapan yang diberikan oleh Tengku Khirlina? Adalah harapanYatimah cerah atau masih kelam? Adakah hajat MGR untuk bertemu Tengku Yatimah berjaya? Saya serahkan kepada anda untuk memberi jawapan soalan-soalan tersebut. Hahahahahaaaa. Hanya Allah SWT dan saya sahaja, yang tahu jawapannya.