Khamis, 1 Mei 2014

ANEKDOT : BILA SUKA SAYANG...



Setelah  23  tahun dengan haluan masing-masing,  mereka  bertemu kembali dalam laman sosial FB  pada 101010 lepas. Pertemuan Mohani dan Mimi Khirlina  itu melahirkan kembali bibit-bibit rasanubari  yang lebih hangat.  Ia melahirkan kembali rasa suka, sayang dan cinta  yang membakar menyebabkan jiwa dan perasaan rindu  lebih membara lagi.
MOHANI   ( tiba-tiba meluahkan rasa )           - “ Mimi, bila  kau suka , kau ingin memilikiku dengan keegoisanmu,. Kau sayang dan ingin sekali membuat kubahagia bersama dirimu sendiri. Kau cinta dan sayang serta  berjanji  akan BILA SUKA  KAUSAYANG,  
melakukan apapun untuk kebahagiaan kita  walaupun kau harus mengorbankan kebahagiaanmu.”
MIMI KHIRLINA (  menyambut kata-kata itu )       - “ Ya, bang. Bila  kau menyukaiku dan berada di sisimu maka kau akan bertanya bolehkah aku menemanimu dan bercerita? Bila kau sudah menyayangiku dan berada disisiku   maka kau akan bertanya,? Bolehkah aku memelukmu?. Bila kau semakin mencintaiku  dan berada disisimu kau akan menggenggam erat tanganku.”
Pertemuan kembali mereka berdua yang pertama, di foyer HUKM sungguh mesra dan nostalgik.  Ketika itu dan seterusnya, Mimi Khirlina  suka, sayang dan cinta  akan diiringi dengan tangisan ketika  menghadapi duka. Mereka sama-sama rindu-rinduan antara satu sama lain.
MOHANI  (  sambil mengimbas kembali ) - “ Ketika itu kau kata, suka akan diiringi  saat  kita menangis, kau akan berkata? Sudahlah, jangan menangis?  Kata,’ SAYANG ‘ adalah  kata ketika kita menangis dan kau akan menangis bersamanya. Rasa cinta  pada  saat   menangis dan aku akan membiarkannya kaumenangis di pangkuanku sambil berkata, Mari kita selesaikan masalah ini bersama - sama.
MIMI KHIRLINA ( Mengangguk kepala ) -  “ Suka adalah saat kau melihatku dan berkata, Kau  sangat cantik dan menawan. Sayang adalah saat kau melihatku dari hatimu dan bukan matamu. Dan cintakau  adalah saat kau melihatku  dan akan berkata, aku  adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padamu.” 
Hingga kini, Mohani yakin Mini Khirlina adalah satu anugerah Allah yang istimewa yang akan memberi hidayah dan membawa hikmah dalam hidupnya dan keluarganya  pada masa depan.
Tetapi setelah enam  bulan berlalu,  ketika itu sepatutnya  suka dan cinta tambah semarak serta kasih sayang kian semerbak tetapi kian  jadi malap. Api cinta yang membara, meninggalkan asap yang merimaskan. Mohani begitu kecewa. Mana suka, sayang dan cintamu yang dijanjikan. Adakah ia telah berkubur di liang lahat hatimu. 
MOHANI ( keluh mengenang  masa silamnya  )          - “ Mimi, pada saat orang yang kau sukai menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mahu lagi bicara padanya. Pada saat orang yang kau sayangi  menyakitimu, engkau akan menangis untuknya. Pada saat orang yang kau  cintai menyakitimu, kau akan berkata,‘ Tak apa’ Benarkah? kerana suka, sayang dan cintamu kau robek satu demi satu . Cuma hanya tinggal satu sahaja  lagi.”  

MIMI KHIRLINA  ( memberi sindiran yang sinis ) - “ Pada saat kau suka   padaku,  kau akan memaksaku  untuk menyukaimu. Pada saat kau sayang padaku, kau akan  membiarkanku memilih. Dan pada  saat kau cinta padaku  kau akan selalu menantinya dengan setia dan menulis.”
Mohani keliru seperti diperbodohkan dan dibohongi. Kemana perginya sinaran suka, sayang dan cinta  enam bulan lalu. Ini membuat Mohani  pasrah dan pada Ramadan lepas dia mengadap dan sujud bermunajat kepada-Nya.
MOHANI ( mengadap kiblat dan menitiskan air mata di atas sejadah)  -  “  Pada malam Lailaturkadar Ramadan ini, Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi mengasihani. Ya Allah,Hanya  6  bulan saya merasai kegembiraan bersama Mimi yang penuh dengan janji dan harapan. Malangnya janji dan harapan hampir malap dan berkecai. Hanya kepadaMu, aku berserah, aku mohon keredhaanMu kembalikan lah Mimi kepadaku dan menepati janji-janji kami. , Jika , harapan cinta, kasih dan sayang pada Mimi  untuk hidup bersama Mimi tiada kau redhakan, Ya Allah kau ambil nyawaku .. dan pisahkan lah aku dari Mimi yang sangat aku cintai, demi kebahagiaannya. Pada malam yang barakah ini, Ya Allah jika tiada harapanku untuk hidup bersama Mimi  sebagai suami isteri yang sah, ambil lah nyawa aku ya Allah sebagai tanda cinta, kasih, sayang dan rindu saya kepada Mimi . Sebagaimana Mimi menyerahkan Siti Aisyah dalam kandungannya kepadaMu, untuk suaminya. Aku rela demi  Mimiku, ya Allah. Ya Allah,, Ya Allah.. Allahhuakbar. Hanya, aku mohon keampunan dari semua  dosaku yang lalu , ya Allah dan tempatkan aku bersama orang-orang beriman dalam syurga firdaus. Amin.”
MIMI KHIRLINA (  melalui sms pada  telefon bimbit BB ) -“  Sayang. Jangan menangis lagi, abang. Mimi janji tidak akan tinggalkan abang. Mimi SAYANG abang. Mungkin tadi. Mimi  salah faham selepas Mimi  baca text dalam  HP  dari abang. Sudah, JANGAN menangis lagi. Mimi cuma harap abang faham keadaan Mimi itu sahaja. Mimi  sedia maklum keadaan abang. Walaupun kita tersiksa kerinduan,  kita perlu bersabar, ALLAH akan membantu kita InsyaAllah. Mimi tidak mahu  lagi mendengar abang menangis. Hentikan tangisan lelaki abang.
MOHANI ( dalam keadaan hiba ) -  “ Mimi, abang harap dan sujud pada Mimi jangan lah tinggalkan abang. Bila suka  Mimi   sayang, bila benci  Mimi  buang,”
MIMI KHIRLINA ( tegas dan yakin ) - “  Tidak , abang .Mimi tetap  suka, sayang,  dan cinta abang. Bila suka  Mimi  sayang, bila benci   pun Mimi sayang, abang, percayalah.”


Rekaan MGR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan