Dialog 1
Yatimah dan Tengku Khirlina menjadi rakan FB setahun lepas. Keduanya, guru lulusan dari instutusi perguruan yang sama tetapi tidak kenalpasti antara satu sama lain. Namun, akrab dan sering berhubung melalui maya. Suatu hari Yatimah berkomunikasi maya dengan Tengku Khirlina.
Yatimah Assalamualaikum, Tengku apa khabar?.
Tengku Khirlina Salam, sihat¬¬ Yati apa khabar? Ada isu baharu?¬¬.
AYatimah Kat mana ni? Ada class ke?
Tengku Khirlina Office lah. Mana lagi. Sekarang free.
Yatimah Good ... Sana hujan ke?
Tengku Khirlina Ngape? Tak hujan, panas ni¬¬.
Yatimah Samalah Tengku. Hang free ke next two weeks? Khamis.
Tengku Khirlina Berapa haribulan?¬¬ Pagi ke?¬¬..
Yatimah 19 September.
Tengku Khirlina Pagi ?¬¬.
Yatimah Lunch, some around 10-11
Tengku Khirlina Oh ... petang ada class, nanti rushing tak sempat. La¬¬ni dah berbulan-bulan lunch tapaw bawa kat office je¬¬.
Yatimah So, bila yang free? Pagi?.
Tengku Khirlina Minggu depan ke?¬¬.
Yatimah Following week.
Tengku Khirlina Kalau pagi between 9-10, ok lah tapi hari Isnin kot. Ngape ? macam urgent je¬¬.
Yatimah Taklah ... Taklah urgent cuma nak sampaikan hajat orang nak jumpa awak je boleh ke tak?.
Tengku Khirlina La ... siapa pulak yang berhajat sangat tu?¬¬.
Yatimah Pak MGR lah.
Tengku Khirlina Issshhh ... bila dia beritahu awak ?
Yatimah Ada lah ... beberapa jam lepas.
Tengku Khirlina Apa hal pulak ni?¬¬ Cuba cerita panjang atau pendek¬
Yatimah Tak adalah apa ... Tak tahu nak cakap ... dia cuma nak jumpa dan kenal Tengku, itu je. Kut ... kut kali terakhir, sebelum dia pejam mata.
Tengku Khirlina Hahahahahahaa ...¬¬ ehhh ... serious ni sampai nak pejam mata.
Yatimah Dia nak tuntut hang belanja makan kut.
Tengku Khirlina Nak mata saya ke?¬¬.
Yatimah Entah le ... lupa pulak tanya.
Tengku Khirlina Tak tau lah bila free, sebab kalau nak jumpa jauh-jauh nanti saya tak sempat nak kejar ke office balik¬¬.
Yatimah Alah ... apa yang jauhnya ... kita mai jumpa kat area office awak lah. Tak lah terkejar-kejar awak nanti.
Tengku Khirlina Hah... kat office kita ? Awak tak pergi sekolah ke?
Yatimah Boleh ambik cuti ... ada extra cuti. Demi kawan.
Tengku Khirlina Uuuuiiihhh ... sampai ambil cuti ... dah awak je la jumpa dia¬¬.
Yatimah Macam mana, pas tak? Tengok tu, dia nak jumpa awak lah Tengku.
Tengku Khirlina Tak boleh janji lagi. Nanti apa-apa, saya beritahu, sehari atau dua hari sebelum.
Yatimah Bukan saya !
Tengku Khirlina Kan ramai lagi ex- MPPM¬¬.
Yatimah menghubungi Tengku Khirlina untuk menyampaikan hajat seseorang bergelar MGR. Tetapi Tengku Khirlina tidak memberi jawapan yang pasti.
Dialog Yatimah-Tengku Khirlina.
Dialog 2
Yatimah bagai putus asa kerana sukarnya mendapat persetujuan yang pasti hingga mencadangkan Tengku Khirlina berkomunikasi maya terus dengan MGR.
Yatimah If tak boleh, cakap saja. Hang kan selalu respon kat dia.
Tengku Khirlina Bukan tak boleh, nanti kalau kata boleh, tiba-tiba ada aral, kempunan pulak. Respon apa pulak ni?
Yatimah Itu, tak tahu lah pulak.
Tengku Khirlina Siapa kata? Dia kata ke?¬¬..
Yatimah Tapi boleh tunggu, kan?
Tengku Khirlina Tunggu apa ?
Yatimah Kat wall ... kat pic ...
Tengku Khirlina Tak faham lah¬¬.
Yatimah Kita tunggu awak lah...if busy that day.
Tengku Khirlina Apa yang kat wall, dan kat pic... tu?¬¬..
Yatimah Haiya...lu ni. ( loghat Cina)
Tengku Khirlina Hahahaha ... ape pulak, dah saya tak faham, beritahu lah.
Yatimah Selama ni kan kau respon kat pic MGR... pic maktab and so on ... aku dia dah jumpa...dia nak jumpa hang pulak. Dia selalu tak sihat now. Kasihan dia.
Tengku Khirlina Ohhh....respon tu ... orang lain pun respon jugak. ¬¬Aiiii ... kalau dia dah tak sihat, kita melawat dia kat wad hospital lah, boleh bawa banyak makanan. Atau kita pergi rumah dia je?¬¬ Awak tahu kah kat mana rumah dia?¬¬..
Yatimah Kat Rembau ... dekat dengan Pejabat Daerah. Tak pernah pergi. Dia beritahu.
Tengku Khirlina Jauh tu ... saya memang tak tahu.
Yatimah Yelah ... tengok je map.
Tengku Khirlina Itu kena round satu hari. Mahu sampai malam mengagau¬¬.
Yatimah Alah ... dekat je,Rompin, hang boleh sampai walau jauh, Rembau dokek yo.
Tengku Khirlina Nak lalu mana?
Yatimah Highway lah kak ... Soromben!
Tengku Khirlina Ya lah ... nak keluar tol mana? ¬¬Saya bawa terus je ...mahu sampai JB¬¬ hahahahaha¬¬..
Yatimah Rembau lah kut ... aku tak tau pulak bab tu ... pernah corner sana.
Tengku Khirlina Nak ajak kita, dia pun sesat¬¬.
Yatimah Haiya ... tengok map lah ... kereta hang sure dah ada GPS beri je arahan tak kan lah sosek. Atau call dia ... suruh tunggu kat pintu gerbang mana-mana lah.
Tengku Khirlina Nanti lah tengok dulu ehh ... saya check appointment saya yang lain-lain. Kalau tak clash¬¬.
Yatimah he... he... heh, Alah tinggi pulak gelak aku. Sorry.
Tengku Khirlina Gelak ngape pulak?¬¬.
Yatimah Gelak untuk atas tadi. Tinggi pulak tu.
Tengku Khirlina Oooo ... ¬¬ni nak jumpa dia nak kasi surprise ke ?¬¬.
Yatimah Agaknya lah. Tak tahu teman!
Tengku Khirlina Ada nak beri saya present ke?¬¬..
Yatimah Mana ku tahu ... nak kena bawa lah ye? Nanti aku hint-hint kat MGR ... bawa bakul buah untuk Tengku.
Hati Tengku Khirlina kian lembut tapi belum mengalah kerana khuatir dengan temu janji atau situasi lain yang di luar jangkaannya.
Dialog 3
Walaupun Tengku Khirlina setuju dengan lamaran Yatimah tetapi dia belum
memberi kata putus. Yatimah terus menagih kepastian.
Tengku Khirlina Saya tak janji apa-apa lagi. Nanti dia terharap-harap pulak, jangan beritahu apa-apa kat dia¬¬.
Yatimah Ok ... tapi kira bolehlah, kan?
Tengku Khirlina Boleh atau tak boleh, tak tahu lagi lah.
Tengku Khirlina Apa-apa saya beritahu.
Tengku Khirlina Sebenarnya ada ape ni?¬¬.
Yatimah Tak ada apa ... dia nak cari calon lah.
Tengku Khirlina Nak bertanding ke?¬¬ Pilihanraya lambat lagi¬¬.
Yatimah Hahah ... lebih kurang macam tu le gamaknya.
Tengku Khirlina Party apa ni ? Saya Party Tupperware ke, atau Pyrex ke boleh la¬¬h. Yati saya nak log out lah ... awak ada kerja kan ... lama sangat tunggu awak reply¬¬.
Yatimah Sorry lah ... bye... See you,later.
Tengku Khirlina Ok , bye¬¬.
Yatimah Fikir-fikirkan, ya. Beri can lah kat MGR tu jumpa, nak tengok hang dari dekat.
Tengku Khirlina Kalau saya tak ada, awak cari kan yang lain ya¬¬ !
Yatimah Tak yah le ... dia tak mahu.
Tengku Khirlina Boleh pulak mahu, tak mahu, macam paksa je¬¬.
Yatimah Tak lah ... tak paksa. Aku cuma mahu tolong ... wa bukan along!.
Tengku Khirlina Dan wa juga bukan untuk di lelong¬¬. Kah... kah.. (ketawa)
Yatimah Kah... kah ... (ketawa sama ) So, ok lah ... 0-0 ye!.
Tengku Khirlina Ok, tak boleh marah ... nanti kena jual ... macam Ahmad Nisfu¬¬.
Yatimah Tahu, tak pe ...
Tengku Khirlina Macam cerita Madu Tiga pulak, nak meeting-meeting. MGR jangan terjun sungai dah lah.
Yatimah Yelah ...
Tengku Khirlina Ehhh ... awak nak jadi madu ?.
Yatimah Dah beli semalam ... madu lebah ke? Nak jadi madu awak ke? Kah... kah ( ketawa ) Boleh gak ye ... kalau diizinkn Allah ... kuang ... kuang.
Tengku Khirlina Saya tak nak jadi madu, nak jadi lebah. Nak tanya lagi, kan ke MGR dah ada anak bini¬¬?
Yatimah Tak tahu lah. Anak dia kata mak dia pisah dengan MGR. Tak tahu lah now ... ada ke tak. Tapi dia mengaku now kosong ... entah le Tengku.
Tengku Khirlina Dah ni nak cari nombor berapa pulak?
Yatimah Dia suruh carikan calon ... nak orang KL pulak tu.
Tengku Khirlina Kosong ....? Apa yang kosong ? Otak, kocek, rumah, dapur, ape ke ?¬¬..
Yatimah Apa-apa je ... status ... kwin tapi bujang ... available.
Tengku Khirlina Dah bujang pulak dah ?¬¬.
Yatimah Gitu le dia mengakunya ! Aku tak tahulah betul ke borak je.
Tengku Khirlina Kena siasat ni ... nanti kita sama-sama sesat¬¬.
Yatimah Tak pe ... aku dah kenal anak dia ... hope beno le apa yang anak dia cakap.
Tengku Khirlina Siapa anak dia?
Yatimah Hai ... aku tak cakap dengan hang ke kelmarin? Anak dia girl ... study kat Ipoh, UITM. Dia rindu kat daddy dia ... dah lama tak jumpa-jumpa.
Tengku Khirlina Ada ... lupa, hihihi ... nak delete tadi, tak sempat¬¬.
Yatimah He separated dengan wife dia long time ago ... tak tahu berapa lama.
Tengku Khirlina So, kita nak buat apa?
Yatimah Tak ada apa ... dia cuma tanya khabar daddy dia ... aku beri lah nombor hp ... suruh dia contact sendiri ... itu yang naik pening MGR ... aku cakap lagu tu... bukan apa ... dah anak dia tanya aku siapa ... kita cakap beno le ! Hope she can meet her daddy soon or later.
Tengku Khirlina Oohh ... awak tanya MGR ... direct ke?¬¬.
Yatimah Yes ... mula-mula ayat bunga-bunga ... penat pulak aku cari idea ... sudahnya, aku direct je ... senang dia faham. Aku kata, salam tangan daddy dia dan pimpin tangan daddy dia!
Tengku Khirlina Ngapa dia tak jumpa je anak dia? Atau saya jadi anak dia saja, kalau saya dia nak jumpa pulak¬¬.
Yatimah Entah lah Tengku ... tak tahu lah cerita sebalik cerita ... lepas aku cakap direct dengan MGR ... pening pulak kepala dia esoknya! Yelah mungkin recall memory lama.
Tengku Khirlina Kasihan dia ... you?
Yatimah Ya lah ... if kau tengok kat friend list ... tengok lah Aisyah Mohamad ... tangan berpimpinan, kesian jugak ... tapi suruh cerita, dia suruh tunggu 2020 ... hidup ke tak lagi.
Tengku Khirlina Oh, gitu¬¬, kalau kita pimpin dengan dia macam tu boleh tak?
Yatimah Boleh je ... hang kena lah batal wuduk dulu ... or pakai glove kah. Boleh juga Tengku, tak salah.
Tengku Khirlina Hahahahaha ... elak kan lah.
Yatimah Ya lah, tu ... dah dia tanya aku jawab lah. Betullah hang ni. Ok lah, nak stop dulu ... lepas maghrib ada meeting AJK PIBG. Aku kena siapkan jamuan.
Tengku Khirlina Memang lah betul.
Yatimah Ni nak goreng mi dan buat teh. Ok lah, ya. See you later wassalam.
Tengku Khirlina Ok ... bye.
Apakah jawapan yang diberikan oleh Tengku Khirlina? Adalah harapanYatimah cerah atau masih kelam? Adakah hajat MGR untuk bertemu Tengku Yatimah berjaya? Saya serahkan kepada anda untuk memberi jawapan soalan-soalan tersebut. Hahahahahaaaa. Hanya Allah SWT dan saya sahaja, yang tahu jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan